Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kenaikan gaji minimum mampu meringankan beban kos sara hidup rakyat, namun peningkatan pendapatan yang mampan memerlukan reformasi ekonomi, peningkatan produktiviti dan pengurangan kebergantungan kepada buruh asing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kenaikan gaji dan upah yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 dilihat sebagai langkah positif ke arah meningkatkan pendapatan rakyat dan mengukuhkan
00:08pertumbuhan ekonomi negara.
00:10Fellow bersekutu kanan Institut Dasar Ekonomi dan Keuangan, ECOFI, Universiti Utara Malaysia UUM, Prof. Madia Dr. Irwan Syah Zainal Awidin
00:18berkata,
00:19pelaksanaan gaji minimum mampu memberi manfaat kepada pekerja berpendapatan rendah dan syariah tidak langsung menyumbang kepada peningkatan taraf pendapatan negara.
00:28Menurut beliau, isu gaji tidak boleh dilihat secara terasing kerana peningkatan pendapatan perlu disokong oleh pertumbuhan produktiviti pekerja,
00:35reformasi sistem pendidikan serta perwujudan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi.
00:39Katanya antara cabaran struktur utama pasaran buruh negara ialah kebergantungan yang masih tinggi terhadap buruh asing.
00:45Namun, beliau menjelaskan kebergantungan itu masih diperlukan terutama bagi sektor yang bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran rendah dan sukar dipenuhi
00:53oleh tenaga kerja tempatan.
00:54Beliau berpandangan Belanjawan 2027 masih belum mampu menyelesaikan sepenuhnya cabaran struktur tersebut.
01:01Nama begitu, Belanjawan kali ini dilihat lebih signifikan apabila selari dengan matlamat dan inisiatif yang digariskan melusi Rancangan Malaysia ke
01:08-13
01:08yang berpotensi membawa perubahan lebih besar dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan.
01:13Saya tidak nampak bahawa Belanjawan ini dapat menyelesaikan masalah struktur itu dan ini pun kita perlu faham bahawa Belanjawan ini
01:22satu tahun.
01:23Jadi, kita nampak dari segi kelangsungan dari sudut struktur jangka panjang itu ada di dalam contohnya Rancangan Malaysia ke-13.
01:31Sebab itulah Belanjawan ini signifikan sebab dia adalah pelaksanaan yang di dalam pelaksanaan kedua dalam Rancangan Malaysia ke-13.
01:38Dan Rancangan Malaysia ke-13 jelas meletakkan dari segi usaha untuk nak menyelesaikan masalah pendapatan ini dalam jangka masa sederhana
01:46dan panjang.
01:47Begitu juga pelan induk perindustrian baru dan awal tahun ini Rancangan Pelan Pengajian Tinggi Malaysia dilaksanakan.
01:58Jadi, ini semua isu struktural ini yang jangka sederhana dan panjang.
02:02Bagaimanapun, beliau menegaskan pelaksanaan gaji minimum tetap penting sebagai langkah segera untuk membantu meningkatkan kesejahteraan pekerja,
02:09khususnya golongan berpendapatan rendah yang paling terkesan dengan peningkatan kos hari hidup.
02:14Katanya lagi, walaupun kenaikan gaji minimum bukan penyelesaian menyeluruh kepada isu pendapatan rakyat,
02:19ia mampu memberi kelegaan jangka pendek dengan meningkatkan kuasa beli isi rumah serta membantu pekerja menampung perbelanjaan harian yang semakin
02:26meningkat.
02:27Beliau berkata demikian dalam rancangan yang agak awal ini pada Isnin.

Recommended