Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap kontena yang terbalik ketika proses pemindahan di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu. Mangsa berjaya dikeluarkan selepas operasi menyelamat selama beberapa jam.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena dalam kejadian di kawasan Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu pada
00:08petang ahad.
00:09Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa Mohd Jadi Pelbi, 53 tahun dan anak perempuannya Nur
00:16Faiza, 24 tahun, tersepit di dalam kenderaan selama kira-kira 3 jam sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
00:25Pemangku Ketua Balai Bomber BBP Kota Kinabalu, Mohd Hanis Mohtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6
00:32.31 petang.
00:33Katanya, seramai 26 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 25km dari BBP Kota Kinabalu.
00:40Menurut keterangan saksi, kejadian berlaku ketika sebuah trailer sedang menjalankan kerja-kerja mengangkat kontena dari tepi jalan utama Jalan Pelabuhan
00:47Sepanggar B untuk dimuatkan ke atas trailer berkenaan.
00:51Bagaimanapun, ketika proses itu, trailer dipercayai hilang keseimbangan lalu terbalik bersama kontena berkenaan sebelum menghempap sebuah Toyota Avanza yang sedang
00:59melalui jalan tersebut.
01:01Mohd Hanis berkata pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.
01:06Bagaimanapun, operasi tersebut memerlukan bantuan krein daripada syarikat lori berkenaan.
01:11Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
01:15Katanya lagi, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
01:21Terima kasih telah menonton!

Recommended