Skip to playerSkip to main content
Penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) selama tiga hari mencatat kehadiran kira-kira 261,000 pengunjung dengan penjualan tiket melebihi 100,000, selain menjana jualan lebih RM550,000 bagi usahawan tempatan.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Alhamdulillah, pada penganjuran selama tiga hari tersebut, kehadiran sekitar 261,000 pengunjung antara yang tertinggi dan penjualan tiket melebihi 100
00:14,000 tiket.
00:15Dan kita juga inginkan bahawa rakyat tempatan mendapat manfaat tersebut. Sebab itu kita telah memperkenalkan tiket madani yang berharga RM200
00:26untuk kemasukan tiga hari pas.
00:29Dan RM200 ini juga boleh dinikmati di Lita Rasa Madani iaitu 40 usahawan bersama dengan Kementerian Kuskop diberikan 40 booth
00:41dan jualan masyarakat tempatan kita itu melebihi daripada RM550,000 kos jualan.
00:50Dan perkara ini juga memberikan satu kebaikan kepada negara kerana turism kita ataupun pelancongan kita juga naik dengan adanya marketing
01:01secara percuma oleh tim pelumba-pelumba yang membuat video yang cukup baik untuk memperkenalkan Kuala Lumpur, memperkenalkan Malaysia.
01:10Dan kita ada pelbagai acara sepanjang tempoh tiga hari tersebut dan kemasukan warga asing dan juga mereka yang dari luar
01:20negara ke dalam negara itu begitu tinggi.
01:23Dan juga kita lihat dari segi hotel penginapan penuh dan peningkatan sehingga tiga kali ganda penginapan hotel dalam tempoh seminggu
01:32tersebut.
01:33Dan kerajaan juga komited untuk memastikan penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pengurusan pengoperasian acara berskala antarabangsa khususnya melibatkan penyelarasan pengangkutan
01:44awam, pengurusan aliran trafik serta kemudahan dan keselesaan penonton.
01:48Dan dalam sejarah juga, Dato' Sri yang dipertua, terdapat dua lagu kebangsaan yang dinyanyikan dalam satu acara Formula One.
01:59Dan ini adalah satu sejarah untuk negara dan juga sejarah untuk Formula One itu sendiri.
02:04Bagaimana hubungan diplomasi yang baik antara dua negara di bawah kepimpinan yang amat berhormat tambun,
02:11itu mampu untuk menarik semula keyakinan orang ramai khususnya negara-negara luar untuk bersama dengan negara kita.
02:20Jadi yang berhormat, Dungun, kita juga inginkan bahawa penganjuran yang hebat ini diteruskan pada masa-masa yang akan datang untuk
02:31pelombaan-pelombaan yang lain di Sepang International Circuit
02:33seperti MotoGP yang akan berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2026 ini di lita antarabangsa Sepang
02:41yang mana kita melihat kemunculan bakat muda negara seperti Hakim Danish, Kabil Ifan dan lain-lain.

Recommended