Skip to playerSkip to main content
Lima berita. Lima perkembangan penting. Satu rangkuman untuk memulakan hari anda. Saksikan #NiagaFive untuk lima tajuk utama pilihan Niaga AWANI hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ini niaga top 5, 5 tumpuan utama pilihan niaga awal ini hari ini.
00:07Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion
00:12kepada 6 negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah belanjawan 2027
00:18dengan agihan mengambil kira keperluan berbeza setiap negeri terbabit.
00:23Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata,
00:266 negeri berkenaan adalah Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah, Sabah dan Sarawak
00:32dan agihan itu mengambil kira komitmen pembangunan infrastruktur
00:35serta pelaksanaan projek yang diumumkan sebelum ini.
00:40Golongan muda berusia 30 tahun dan kebawah mencatatkan sejumlah RM65.9 juta
00:47transaksi skim beli sekarang bayar kemudian BNPL penilai RM5.4 bilion
00:52pada separuh pertama 2026 yang merangkumi 37.9% daripada jumlah
00:59penggunaan BNPL di Malaysia.
01:01Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen,
01:05Kementerian Kewangan MOF memaklumkan jumlah transaksi BNPL di Malaysia
01:09bagi tempoh itu ialah RM173.9 juta yang bernilai RM14.7 bilion
01:16dengan golongan muda menyumbang 36.7% daripada nilai keseluruhan transaksi.
01:25Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM17.15 bilion
01:31melibatkan 3.23 juta kes pembayar cukai bagi tempoh sehingga 30 September 2026.
01:38Menurut Kementerian Kewangan MOF, daripada jumlah tersebut,
01:42sebanyak RM6.38 bilion telah dibayar balik kepada 3.1 juta pembayar cukai individu
01:49manakala RM8.95 bilion telah dibayar balik kepada lebih 130 ribu pembayar cukai syarikat
01:56termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS.
02:02Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan defisit fiskal kepada bawah 3%
02:06daripada keluaran dalam negara kasar KDNK dalam tempoh 2 tahun akan datang
02:11menerusi penyatuan fiskal, pembaharuan subsidi bersasar
02:14dan perlibatan sektor swasta yang lebih kukuh.
02:17Kewangan 2 Datuk Sri Amin Hamzah Azizan berkata,
02:21Malaysia telah mengurangkan defisit fiskal daripada 6.4% KDNK
02:25kira-kira 5 tahun lepas kepada 3.7% pada tahun lalu
02:30sekaligus meletakkan negara di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran tersebut.
02:37Sektor swasta perlu memainkan peranan aktif bagi memastikan Malaysia
02:41mendapat limpahan ekonomi yang positif daripada pengajuran pelombaan Formula 1 F1
02:46jika Malaysia membuat keputusan untuk mengembalikan acara sukan permotoran berprestij itu.
02:52Pengurusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Tengku Datuk Sri Zafrul Abdul Aziz berkata,
02:57potensi manfaat ekonomi daripada pengajuran F1 perlu dinilai dengan teliti
03:02berikutan kos yang tinggi dan kebibangan sama ada acara itu memberi manfaat
03:07kepada masyarakat secara keseluruhan atau hanya kepada segmen tertentu.

Recommended