00:00KL Tower International Base Jam 2026 kembali mengegar Menara Kuala Lumpur selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Oktober.
00:07Memasuki edisi ke-21, acara ini mengimpunkan kira-kira 221 penerjun dari 38 negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Jepun
00:16dan Singapura.
00:18Edisi kali ini turut melakar sejarah apabila berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Most Participants in
00:25Consecutive Tower Base Jam.
00:27Penerjun berkelayakan melakukan terjunan secara berturut-turut dari Sky Terrace Menara Kuala Lumpur.
00:32Menara Kuala Lumpur sendiri menjadi perintis penganjuran aktiviti Base Jam sejak 1999.
00:38Pada hari ini 2 Oktober, Alhamdulillah kita dapat bawa kembali acara Base Jam International Kuala Lumpur Tower.
00:50Jadi kami sangat berbangga bekerjasama dengan Base Malaya untuk jayakan acara ini.
00:55Acara yang memang disebut-sebut, ditanya-tanya.
00:58Jadi kita dapat jayakan bersempena juga dengan hari ulang tahun Menara Kuala Lumpur yang ke-30.
01:06Jadi ini pada saya dengan pecahnya, terciptanya satu rekod baru, Malaysia Book of Records,
01:12sebagai hadiah kepada Menara Kuala Lumpur, kepada pasukan Kuala Lumpur Tower dan juga kepada semua peminat pengunjung dan rakyat Malaysia.
01:25Ini semestinya hari bersejarah yang sangat bermakna untuk kami.