Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan Oktober sebagai Bulan Membaca setiap tahun bagi memperkukuh budaya membaca. Kajian IMK 2026 menunjukkan 95 peratus responden merupakan pembaca aktif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perpaduan Negara KPN mencadangkan supaya Oktober setiap tahun dijadikan Bulan Membaca dengan kampen dilaksanakan secara lebih tersusun dan menyeluruh.
00:09KPN dalam kenyataan maklumkan Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agudagang mengumumkan cadangan itu pada Majlis Pimpinan Bulanan Kementerian Berkenaan di
00:18Perpustakaan Negara pada Selasa.
00:23Menurut kenyataan itu, kampen Bulan Membaca itu selari dengan aspirasi dekad membaca kebangsaan 2020-2030 untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
00:32membaca menjelang 2030.
00:35Aaron dalam kenyataan sama berkata PNM perlu terus mempergiat program galakan membaca bagi membudayakan amalan membaca dan meningkatkan literasi.
00:45Jelasnya PNM perlu meneroka pendekatan lebih kreatif seperti di luar negara antaranya menerusi konsep kafe buku dan kelab membaca selain
00:54kempen membaca bersama-sama pencipta kandungan serta pempengaruh media sosial.
00:59Aaron berkata kajian awal indeks membaca kebangsaan IMK-2026 melibatkan 6,649 responden yang dilaksanakan PNM sehingga 7 September lepas
01:10menunjukkan 95% daripada mereka ialah pembaca aktif, manakala 47.8% membaca setiap hari.
01:18Selain itu, Aaron berkata usaha membawa pulang warisan Malaysia di luar negara membuahkan hasil apabila misi di Belanda dan Rusia
01:26berjaya mendekomentasikan 64 entri manuskrip Melayu dengan nilai perolehan salinan digital berjumlah RM465,000.
01:35Aaron terus berkongsi beberapa kejayaan transformasi digital PNM antaranya penggunaan sistem perpustakaan bersepadu di 506 perpustakaan desa PNM, migrasi sistem
01:47perpustakaan kepada Polaris serta pendigitalan hazanah negara.

Recommended