00:00Golongan belia Mahu Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada penyelesaian isu ketidakpadanan pekerjaan, peningkatan kemahiran dan peluang dalam bidang kecerdasan buatan
00:10atau AI.
00:11Menurut Perserah Jaya Kebangsaan, Perancangan Strategik Bersekutuan Pengangkat Malaysia, Zahirin Adam Abdul Aziz, jurang antara kelayakan siswazah dan keperluan industri
00:20semakin ketara dalam ekosistem pekerjaan masa kini.
00:26Beliau berkata isu ketidakpadanan kemahiran dan guna tenaga tidak penuh dalam kalangan belia perlu ditangani melalui dasar yang lebih jelas
00:34dan tersusun.
00:35Sementara itu, Timbalan Pengurusi Suruhanjaya Wanita Majlis Belia India Malaysia, Syamira Nasrin Ahmed Nordin berkata, kos sari hidup dan komitmen
00:44kewangan menyebabkan ramai belia terpaksa menerima apa sahaja pekerjaan yang ditawarkan.
00:49Menurut beliau, isu rumah mampu milik dan kawalan kadar sewaan teruk wajar diberi perhatian dalam belanjawan akan datang.
00:57Syamira berkata AI tidak harus dilihat sebagai ancaman, sebaliknya peluang untuk belia membina kerjaya baru dalam ekonomi digital.
01:05Beliau turut mencadangkan kerjasama lebih erat antara kerajaan dan industri bagi memperkasakan program peningkatan kemahiran serta latihan semula tenaga kerja
01:14muda.