Skip to playerSkip to main content
  • 59 minutes ago
Nadi Arena (15/9/2026)

Category

🥇
Sports
Transcript
00:00Sasaran bukan sekadar sasaran.
00:03Enam pinggan emas yang disasar dianggap sangat relevan
00:05menunjuk kepada kecemerlangan beberapa sukan
00:07yang dilihat mampu sempurnakan tugasan kontinjen negara di sukan Asia.
00:11Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohd Taufik Johari menegaskan
00:14sasaran enam emas dan 33 pinggan secara keseluruhan sangat relevan
00:18berdasarkan penilaian dari pelbagai sudut.
00:22Sudah pasti apabila kita menetapkan sasaran,
00:25kita tidak hanya menetapkan sasaran tanpa apa-apa basis.
00:28Kita dah adakan penilaian, kita adakan perbincangan
00:32dan setiap persatuan sukan telah pun memberikan komitmen yang penuh.
00:36Jadi saya sangat optimis dengan kekuatan dan juga
00:41sepanjang tempoh latihan yang dilaksanakan oleh atlet-atlet kita,
00:45kita mampu untuk mencapai sasaran yang telah pun ditetapkan.
00:49Dan seperti sukan Commonwealth sebelum ini,
00:52kita menetapkan sasaran berdasarkan warna pingat
00:55kerana warna pingat inilah yang akan nanti membawa kita
00:59ke termasya-temasya yang besar yang lain seperti SEA Games
01:02dan pada akhirnya di sukan Olimpik LA di 2028.
01:07Tambah Taufik, situasi cuaca di Jepun tidak membimbangkan
01:11memandangkan setiap perkembangan semasa segera dikongsi pihak Tuan Rumah
01:14sebelum bermulanya termasya.
01:17Dan walaupun sekarang cuaca agak tidak baik di sana,
01:21tetapi saya sentiasa memantau daripada Tuan Rumah Kerajaan Jepun
01:26dan juga MSN dan juga wakil kita yang telah pun berada di sana
01:30supaya plan, contingency plan itu ada SOP yang jelas itu telah pun dikeluarkan oleh MSN
01:37dan saya sendiri akan berangkat ke Aichi Nagoya pada 18 hari bulan ini
01:43untuk turut bersama-sama memberikan sokongan, dokongan
01:45dari segi, dari sudut mental dan juga semangat kepada semua atlet-atlet dan kontingen kita.
01:51Taufik ditemui ketika menyampaikan anugerah khas Menteri Belia dan Sukan
01:56yang turut menyerahkan atlet Muay Thai Negara Ahmad Nur Iman Ali Berakib
01:59sebagai rakyat Malaysia pertama rangkul tali pinggang Dunia Interim One Championship
02:03kategori strawweight Muay Thai 24 Julai lalu.
02:07Dan atas jasa beliau kepada negara dan yang lebih penting sekali adalah
02:12beliau boleh untuk mempengaruhi lebih ramai lagi anak-anak muda
02:17untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang positif
02:21untuk membangunkan generasi yang cemerlang di masa yang akan datang.
02:25Dan sudah pasti cerita beliau itu ada suka dan duka, ada jatuh dan bangun
02:30dan bagaimana beliau mampu untuk mencapai ke tahap itu
02:33itu adalah sesuatu yang perlu kita nilai dan juga kita berikan penghargaan setinggi-tingginya kepada beliau.
Comments

Recommended