00:00Seterusnya, KPJ Healthcare Berhad menegaskan plan strategik 2026 hingga 2030 syarikat kekal berjalan seperti yang dirancang
00:08walaupun berlaku pertukaran presiden dan pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa 1 September lepas.
00:15RHB Research mengesahkan peralihan kepimpinan itu tidak mengubah halatuju utama kumpulan.
00:21Katanya, plan kenaan merupakan strategi peringkat kumpulan dan tidak bergantung kepada mana-mana individu dalam kepimpinan syarikat.
00:33Firma penyelidikan itu memberi jaminan bahawa sasaran utama pelan berkenaan kekal diteruskan.
00:38Ia termasuk peruntukan perbelanjaan modal antara RM4 bilion hingga RM5 bilion serta penubuhan 15 pusat kecembalangan atau COE menjelang 2030.
00:48Dari segi operasi pertumbuhan KPJ dalam tempoh terdekat, dijangka dipacu usaha meningkatkan kadar penggunaan katil bagi kira-kira 4,000
00:56katil sedia ada
00:57selain menambah sehingga 650 katil dalam bangunannya tak tersedia.
01:02Strategi pengembangan berasaskan aset brownfield turut menjadi antara fokus kumpulan.
01:07RHB Research pada masa sama tidak melihat keperluan untuk mengubah unjuran pendapatan KPJ bagi tempoh 2026 hingga 2028,
01:14memandangkan asas perniagaan dan pemacu pertumbuhan kumpulan masih kekal kukuh.
01:19Bagai manapun, firma itu menurunkan sasaran harga saham KPJ kepada RM3.51 daripada RM4.01 sepas mengambil kira perubahan andaian
01:29dalam model aliran tunai terdiskam serta keperluan capex jangka panjang.
01:34Sasaran baru itu masih mencerminkan potensi kenaikan kira-kira 35% manakala penarafan beli dikekalkan.
01:40RHB Research berkata premium dagangan KPJ berbanding IHH Healthcare yang sebelum ini berada pada paras satu digit tinggi, kini menyusut
01:50kepada kurang daripada 1%.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments