Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak mereka susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak, susulan situasi jerebu yang
00:09melanda negara pada ketika ini.
00:11Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata, ibu bapa hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mengambil langkah sedemikian.
00:18Fadlina memahami kebimbangan ibu bapa melihat kepada keadaan jerebu pada ketika ini dan memahami kesihatan serta keselamatan anak-anak menjadi
00:26keutamaan dalam setiap tindakan yang diambil.
00:30Fadlina berkata, kementerian akan terus memantau bacaan indeks pencemaran udara IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar JAS dan situasi semasa
00:39khususnya di kawasan terjejas.
00:41Beliau menjelaskan sebarang tindakan diambil adalah berdasarkan pelan tindakan jerebu kebangsaan.
00:48Katanya apabila IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan dan sekiranya IPU melebihi 200, sekolah ditutup.
Comments

Recommended