Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, telah memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh bahagian serian Sarawak.
00:07Ia sesulan keadaan jerebu yang telah mencapai tahap pencemaran udara yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.
00:16Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan media pada Jumaat memaklumkan keputusan dibuat setelah mengambil kira nasihat Perdana Menteri Dato' Sri
00:25Anwar Ibrahim
00:26dan Premier Sarawak Tuan Sri Abang Johari Tun Oping serta agensi-agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.
00:35Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera
00:45ia termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.
00:52Serian hari ini mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara IPU melebihi 500 yang dikategorikan sebagai tahap bahaya.
Comments

Recommended