Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Arturo Bejar mendakwa Meta mengutamakan pertumbuhan dan penglibatan pengguna berbanding keselamatan kanak-kanak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, seterusnya bekas pengarah kejuruteraan Meta Platforms Arturo Beja mendakwa ketua pegawai eksekutifnya Mark Zuckerberg mewujudkan budaya kerja yang meletakkan
00:09keselamatan kanak-kanak sebagai perkara sekunder berbanding pertumbuhan dan penglibatan pengguna.
00:15Beja membuat dawaan itu pada hari kedua keterangannya dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Auckland, California pada Rabu.
00:24California, Colorado, Kentucky dan New Jersey menuduh Meta mereka bentuk Facebook dan Instagram untuk menyebabkan pengguna muda ketageh sekaligus menyumbang
00:33kepada kebimbangan, kemurungan dan bunuh diri.
00:36Empat negeri itu bersama 25 negeri lain turut menuduh Meta melanggar undang-undang Persekutuan dengan mengumpul dan menggunakan data peribadi
00:44kanak-kanak bawah 13 tahun secara tidak wajar.
00:47Bejar yang menjadi saksi pertama pihak negeri mendakwa Zuckerberg terlibat rapat dalam proses membuat keputusan manakala perubahan reka bentuk produk
00:55hanya dilakukan jika diarahkan olehnya.
00:58Beliau turut mempertikai kenyataan Zuckerberg pada 2021 bahawa Meta sentiasa menggunakan hasil penyelidikan untuk menambah baik produknya.
01:06Meta menafikan semua dawaan dan berhujah pandangan Bejar melangkaui skop tugasnya di syarikat itu.
01:12Perbicaraan dijangka berlangsung selama enam minggu dengan Zuckerberg turut dijangka memberikan keterangan.
Comments

Recommended