00:00Irak meminta Iran memberikan pertimbangan khas terhadap ekspor minyak negaranya melalui selat humus ketika hubungan dua hala dan isu keselamatan
00:08serantau terus menjadi tumpuan.
00:10Perkara itu dibangkitkan Speaker Parlimen Irak, Mohd Al-Halbusi dalam pertemuan dengan Speaker Parlimen Iran, Mohd Barik Ghalivaf di Baghdad.
00:21Menurut agensi berita Irak, Mohd menekankan bahawa Irak merupakan antara negara yang paling terkesan dengan perkembangan geopolitik dan keselamatan di
00:29rantau Asia Barat.
00:30Beliau berkata Baghdad berharap diberi pertimbangan khas oleh Tehran berkaitan ekspor minyak Irak yang bergantung kepada kestabilan laluan perdagangan melalui
00:39selat humus.
00:40Dalam pertemuan itu, Mohd turut menegaskan kepentingan memperkukuh hubungan dua hala setelah meningkatkan kerjasama strategik antara Irak dan Iran.
00:47Beliau turut menggesa supaya jawatankuasa persahabatan Parlimen kedua negara diaktifkan semula bagi memperluas kerjasama diplomatik dan hubungan legislatif.
00:56Sementara itu, Mohd Barir menyatakan kesediaan Iran untuk memperkukuh kerjasama dengan Irak terutama dalam sektor perdagangan dan ekonomi.
01:04Beliau turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Irak, Nizar Amidi, bagi membincangkan isu selantau dan usaha mempertingkatkan hubungan dua hala.
01:13Dalam pertemuan itu, Nizar menegaskan sokongan Irak terhadap pendekatan diplomatik dalam menangani krisis rantau.
01:20Menurut beliau, dialog konstruktif adalah penting bagi menelesaikan isu-isu yang masih tertangguh serta memastikan keamanan dan kestabilan jangka panjang
01:27di rantau tersebut.
01:29Mohd Barir pula berkata Iran mahu memperluaskan penyelarasan dan kerjasama dengan Irak dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik, sosial dan
01:38keselamatan.
Comments