Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Polis masih menyiasat kemungkinan wujud pembabitan orang dalam dalam kes seorang pembantu juruterbang yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, baru-baru ini, kerana disyaki cuba menyeludup masuk 25 kilogram dadah ke negara itu.
Transcript
00:00Polis masih menyiasat kemungkinan wujud pembabitan orang dalam dalam kes seorang pembantu juruterbang yang ditahan di lapangan terbangan terbangsa Soekarno
00:09-Hatta, Jakarta baru-baru ini kerana disyaki cuba menyeludup masuk 25 kg dadah ke negara itu.
00:17Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han berkata, polis masih memerlukan bukti dan keterangan yang mencukupi
00:25sebelum sebarang kesimpulan dapat tipuan.
00:30Terlalu awal untuk saya dedahkan sama ada orang dalam terlibat ataupun tidak. Kalau ada orang lain terlibat, saya perlu ada
00:37bukti yang kukuh untuk kata ada orang lain terlibat, orang dalam terlibat.
00:42Dan same time saya pun tidak menafikan orang dalam tidak terlibat. So still ada dalam proses siasatan lagi untuk kumpulkan
00:51lebih banyak keterangan lah.
00:52Dalam pada itu, Husin berkata empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN tiba di Jakarta pagi selasa bagi bekerjasama dengan
01:01pihak berkuasa Indonesia berhubung kes berkenaan.
01:04Katanya mereka juga akan menemu bual juruterbang terbabit yang dijadwalkan berlangsung Rabu dan Khamis bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes
01:12berkenaan.
01:13Setakat ini, beliau memberitahu kira-kira lima saksi sudah dipanggil bagi membantu siasatan.
01:18Menurutnya, siasatan turut melibatkan usaha mengesan individu yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan termasuk nombor telefon yang dipercayai digunakan untuk
01:28menghubungi juruterbang itu.
01:30Namun katanya nombor telefon berkenaan didaftarkan menggunakan identiti palsu sekaligus menyukarkan usaha mengesan pemilik sebenar.
Comments

Recommended