00:00Seorang lelaki warga Singapura dan tiga wanita warga Cina diselamatkan polis selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penculikan yang menggunakan aplikasi
00:09janji temu serta media sosial seperti Telegram, WeChat dan Bado.
00:15Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata suspek dipercayai mendekati mangsa melalui platform terbabit dengan menawarkan pekerjaan
00:24atau perkhidmatan sosial sebelum memerangkap mereka sebaik tiba di Malaysia.
00:30Menurut Kumar, suspek dipercayai akan mendampingi mangsa dengan memperdaya mereka melalui pelawaan bercuti, menawarkan pekerjaan bergaji lumayan atau perkhidmatan teman
00:41sosial sebelum menculik dan mengurung mereka.
00:45Operasi itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat seorang wanita warga Singapura berusia 73 tahun yang mendakwa adik lelakinya diculik
00:54ketika berada di Malaysia.
00:55Pada 4 hari bulan Ogos, kakak dia telah atau pengadu telah menerima satu pesanan suara mengatakan mangsa telah dikurung, diculik
01:08dan meminta wang terbosan sing dolar, duit Singapura 1 juta untuk dibebaskan.
01:16Dan selain daripada itu, satu video yang menampakkan mangsa dalam keadaan bergari, mata ditutup juga dihantar.
01:26Ada beberapa kesan kecederaan fizikal yang kita boleh nampak daripada gambar tersebut.
01:34Pasukan Task Force yang telah dituguhkan telah menjalankan siasatan, risikan dan ekoran daripada itu pada 7 hari bulan Ogos.
01:45Jam lebih kurang 8.40 malam, satu seri serbuan telah dibuat.
01:52Melibatkan beberapa lokasi di kawasan Pulau Pinang dan juga di kawasan Kedah.
01:58Dalam serbuan itu, Kumar memberitahu polis berbalas tembakan dengan suspek selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke arah pasukan operasi.
02:08Dua suspek lelaki dipercayai anggota sindiket maut dalam kejadian itu, manakala pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemukan mangsa dalam keadaan
02:17tangan bergari dan mata ditutup.
02:20Pemeriksaan lanjut, polis menemukan seorang lagi wanita warga Cina dalam keadaan sama di bilik perasingan.
02:26Menurut Kumar, susulan itu, polis menahan enam suspek dalam operasi berasingan di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur di Reman
02:35selama tujuh hari sehingga Jumaat ini.
02:38Polis percaya sindiket itu turut terlibat dalam dua lagi kes menculikan lain yang berlaku di Kuala Lumpur.
02:43Salah seorang mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis manakala seorang lagi mangsa diselamatkan polis.
02:49Kuala Lumpur meminta duit.
02:51Kuala Lumpur
Comments