00:00Polis menahan tiga lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah seksual melibatkan seorang wanita orang kurang upaya di
00:09kawasan flat kampung Injen Gergaji, Cukai, Kemaman pada Sabtu.
00:14Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Muhammad Razir Rosli berkata, tangkapan dibuat susulan aduan diterima daripada seorang wanita tempatan berusia 20
00:23tahun.
00:25Ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan telah direman bagi
00:35tindakan lanjut.
00:36Permohonan reman ke atas kesemua suspek bermula 8 sehingga 12 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 376
00:46Kanun Keseksaan.
00:48Ketika ini, polis sedang memperhalusi siasatan kes manakala mangsa diberi tempoh secukupnya sebelum siasatan dilengkapkan memandangkan mangsa adalah seorang wanita
01:00OKU intelektual berumur 23 tahun.
01:04Mengulas perhimpunan orang ramai di hadapan flat pada jam 8.30 malam Sabtu lalu, Muhammad Razir menasihatkan orang ramai agar
01:13tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas.
01:16Orang ramai turut digesa untuk tidak menggunakan platform media sosial bagi mencetuskan situasi panik, gusar atau menggugat keselamatan dan ketenteraan
01:26awam.
Comments