Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pertubuhan Ihsan Haiwan Malaysia atau 'Shelter Ihsan' meminta pihak berkuasa mengemukakan bukti dan rekod berkaitan kebajikan tiga ekor gajah Malaysia di Zoo Tennoji, Jepun, selain membenarkan pemeriksaan bebas dilakukan terhadap haiwan berkenaan.
Transcript
00:00Pertubuhan Ihsan Haiwan Malaysia atau Shelter Ihsan meminta pihak berkuasa mengemukakan bukti dan rekod berkaitan kebajikan tiga ekor gajah Malaysia
00:11di Zoo Tenoji, Jepun, selain membenarkan pemeriksaan bebas dilakukan terhadap haiwan berkenaan.
00:19Shelter Ihsan dalam kenyataan pada Ahad berkata, penjelasan yang diberikan pihak Majlis Perbandaran Taiping MPT dilihat masih belum menjawab beberapa
00:30persoalan asas yang dikaitkan NGO, aktivis dan orang ramai sebelum ini.
00:38Katanya, antara perkara yang perlu diperjelaskan termasuk kecukupan tempat berteduh, keadaan serta kualiti air kolam, pemantauan suhu air dan kaedah
00:49pemantauan kebajikan ketiga-tiga gajah, darah, amoi dan kelak.
00:54Shelter Ihsan berkata, pihaknya turut bimbang dengan beberapa visual yang menunjukkan gajah berinteraksi dengan jaring serta bermain dengan rantai besi.
01:03Justru, pertubuhan itu mahu seorang pakar gajah atau pakar tingkah laku dan kebajikan hidupan liar yang bebas diberikan akses untuk
01:11menilai keadaan ketiga-tiga haiwan berkenaan secara profesional.
01:16Shelter Ihsan juga menggesa, satu pasukan penyiasat bebas dan berintegriti menjalankan pemeriksaan menyeluruh.
Comments

Recommended