Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Ketika kejadian, pemandu SUV yang merupakan wanita berusia 66 tahun berhenti di lorong kenderaan di hadapan bangunan KKIA untuk menjemput anaknya.
Transcript
00:00Terlupa meletakkan dia pada kedudukan pi atau pakir ketika bertukar pemandu menjadi punca sebuah kenderaan utiliti sukan merempuh pintu kaca
00:11balai pelepasan lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada Jumaat lalu.
00:16Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Syahrudin Madhusin berkata ketika kejadian pemandu SUV yang merupakan seorang wanita berusia 66 tahun
00:25berhenti di lorong kenderaan di hadapan bangunan KKIA untuk menjemput anaknya.
00:32Jelas Syahrudin setelah menyedari kenderaan itu bergerak sendiri secara perlahan, pemandu itu mula panik dan secara tidak sengaja menekan pedal
00:42minyak menyebabkan SUV terbabit meluncur laju ke hadapan.
00:46SUV itu kemudian melanggar sebuah kenderaan lain sebelum terbabas merempuh pintu kaca balai pelepasan KKIA dan seterusnya sebuah tiang bangunan.
00:57Tamah Syahrudin pemandu sempat keluar daripada kenderaan sebelum perlanggaran berlaku.
01:02Pemandu bagaimanapun mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka akibat terkena serpihang kaca dan dibawa ke Hospital Kunia Lisbet 1 untuk
01:09rawatan lanjut.
01:11Kes disiasat mengikut kaedah 10, kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Comments

Recommended