Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menghentikan pelaksanaan Sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) dalam mengeluarkan kompaun, berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan semakan semula dibuat.
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan dua pihak berkuasa tempatan PBT di negeri itu untuk menghentikan pelaksanaan sistem pengecaman nombor plate
00:08automatik ANPR dalam mengeluarkan kompaun berkuasa serta-merta bagi membolehkan semakan semula dibuat.
00:15Ketua Menteri Chao Kwon Yeo berkata, keputusan itu dibuat selepas Kerajaan Negeri mengambil maklum balas dan padangan rakyat berhubung pelaksanaan
00:22sistem berkenaan oleh Majlis Bandar Raya Pulau Pinang MBPP dan Majlis Bandar Raya Seberang Perai MBSP.
00:30Katanya Kerajaan Negeri akan mengarahkan kedua-dua PBT ini untuk menghentikan pelaksanaan ANPR serta-merta dan membuat semakan semula terhadap
00:38perinciannya.
00:39Jelasnya, Kerajaan Negeri mendengar suara rakyat, semak semula apa yang perlu dan pastikan setiap dasar yang dilaksanakan benar-benar mengambil
00:46kira kepentingan rakyat Pulau Pinang.
00:47Chao Kwon Yeo berkata, perkara itu antara dibincangkan ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Pengurusi DAP Pulau Pinang, Stephen Sim dan
00:54Naik Pengurusi DAP Pulau Pinang, Zahiril K. Johari
00:57selepas mempenguruskan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan PH Pulau Pinang pada Sabtu.
01:02Pada Jumaat, Datuk Bandar MBPP Datuk A. Rajendran berkata,
01:06penggunaan sistem ANPR bermula 24 April tahun lepas menyaksikan pihaknya secara purata,
01:11mengeluarkan kira-kira 7,000 kompaun setiap bulan atas kesalahan parkir.
01:15Beliau berkata jumlah kompaun itu menunjukkan penggunaan teknologi tersebut membantu meningkatkan kecekapan penguat kasaan parkir,
01:22terutamanya jumlah petak parkir seliaan PBT itu kini menghampiri 20,000 petak di bahagian pulau.
01:28Penggunaan sistem ANPR melibatkan dua kenderaan itu membolehkan MBPP mengesan kesalahan parkir dengan lebih tepat berbanding kaedah pemeriksaan secara manual.
01:37Bagaimanapun, pelaksanaan tersebut mengundang kegelisahan dan kerisauan penduduk Pulau Pinang,
01:41termasuk bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng.
01:45Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended