00:00Sementara itu, Bersatu menyanggah kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Hadi Awang.
00:05Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Muhammad Azmin Ali menegaskan, Bersatu masih anggota sah Perikatan Nasional.
00:12Malah katanya, kenyataan Hadi Awang yang mendakwa keanggotaan Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional tergugur secara otomatik adalah bercanggah dengan Perlembagaan
00:22PN.
00:24Azmin berkata, mengikut fasal 7A Perlembagaan PN, kedudukan sesuatu parti anggota hanya boleh dimuktamadkan melalui keputusan Majlis Presiden.
00:33Sehingga kini katanya Majlis Presiden tidak pernah bersidang untuk menentukan keanggotaan Bersatu dalam PN.
00:40Menurut Azmin, Abdul Hadi tidak mempunyai hak atau kuasa veto untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PN.
00:47Azmin juga mendakwa tindakan pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menghalang
00:55Wakil Bersatu menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu bercanggah dengan Perlembagaan PN.
01:03Dia berkata mesyuarat berkenaan membuat keputusan mengenai pengagihan kerusi serta kerjasama dengan Barisan Nasional bagi pilihan raya negeri, negeri sembilan.
01:12Susulan itu Bersatu akan mengemukakan aduan rasmi kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS berhubung dakwaan pelanggaran serius terhadap Perlembagaan PN.
01:25Terima kasih telah menonton!
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments