00:00Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru dilantik Ismail Lasim
00:04dijangka berdepan cabaran besar untuk menerajui kerajaan negeri
00:08dengan penganalisis meramalkan berlaku gerakan dalam UMNO
00:12untuk menggugat kedudukan veteran politik itu.
00:15Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata
00:18kegagalan beberapa adun UMNO menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ismail
00:22memberi isyarat wujudnya risiko perebutan kuasa dalaman
00:26sesulah pelatikan beliau yang tidak dijangka.
00:29Bagaimanapun, naik Presiden Bersekutu Asia Group, Asro Sani berpendapat
00:33kedudukan Ismail tidak akan digugat dalam masa terdekat
00:37demi menjaga persepsi kestabilan kerjasama Barisan Nasional Perikatan Nasional
00:42menjelang PRU-16.
00:45Meskipun gabungan BNPN menguasai majoriti 2 per 3 dalam DUN,
00:50Ketua Wawasan Negeri Sembilan Badur Hisham Syahrin
00:53turut mengingatkan bahawa kedudukan Ismail
00:55tetap bergantung penuh kepada sokongan 24 adun BNPN.
01:00Sehubungan itu, Asro berkata komposisi Barisan Exco
01:04bakal menjadi hujan utama Ismail untuk mengibangi kamp dalam UMNO
01:09serta memberikan representasi bermakna kepada PN
01:12demi meredakan semua pihak.
01:15Namun begitu, Azmi berkata,
01:17Ismail ialah ahli politik berpengalaman
01:19yang telah menjadi adun sejak 1999
01:22dan beranggotai kerajaan negeri sejak 2004
01:25sekaligus mempunyai kebijaksanaan
01:28untuk mengharungi cabaran tersebut.
Comments