00:00Pakatan Harapan akan terus mentadbir Pulau Pinang seperti biasa,
00:05walaupun Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mencatat kemenangan besar pada PRN Negeri Sembilan,
00:11kata pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Konyau.
00:14Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan,
00:19kebajikan dan penyampaian perkhidmatan kepada semua kaum,
00:23berbanding pendekatan politik berasaskan kaum.
00:25Chow berkata demikian sebagai mengulas dawaan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari
00:31bahawa kerjasama BN-PN mampu mencaturkan kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP.
00:37Menurutnya, BN dan PN bebas menggunakan modal kerjasama seperti di Negeri Sembilan di negeri lain,
00:43namun keputusan akhirnya tetap bergantung kepada pengundi.
00:47Chow turut mengakui prestasi parti komponen PH lain di Negeri Sembilan akan dibincangkan
00:51dengan PH Pulau Pinang di jadual bermesyuarat pada 8 Ogos
00:56bagi menilai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Comments