00:00If there is a scandal about an Islamic institution, what is the reaction of the people?
00:07Are they angry? Are they angry? Or, a few months later, we forget?
00:14It's the question that came back after the report on Suruhanjaya Siasatan Diraja or RCI Tabung Haji didadahkan.
00:23Kerana bagi sesetengah pihak, isunya bukan lagi apa yang berlaku, tetapi bagaimana kita bertindak balas?
00:32Adakah masalahnya pada institusi atau pada sikap kita sendiri?
00:38Bekas Presiden Jawatan Kuasa Penasihat Persatuan Akaunten Bertawariah Berkanun atau ACCA Malaysia, Khalid Ahmad,
00:46Menyifatkan amalan kewangan yang didadahkan dalam laporan RCI menyerupai skim ponzi berskala besar.
00:56Itu pandangan beliau.
00:57Namun, bagi Khalid, yang lebih membimbangkan bukan sekadar angka.
01:04Tabung haji bukan bank biasa, bukan syarikat pelaburan biasa,
01:09tetapi institusi yang mengurus simpanan jutaan umat Islam untuk menunaikan haji.
01:16Sebab itu katanya, kesan skandal ini bukan hanya kepada tabung haji,
01:21tetapi turut menjejaskan keyakinan orang Melayu dan umat Islam terhadap institusi yang selama ini mereka percayai.
01:30Bagi Khalid, ahli lembaga pengarah tidak boleh melepaskan tanggungjawab kepada pihak pengurusan semata-mata.
01:37Mereka sepatutnya mempersoalkan angka, meneliti penilaian aset dan bertindak apabila sesuatu kelihatan tidak menasabah.
01:47Menurut beliau, apabila amanah gagal dipelihara,
01:50mereka yang bertanggungjawab perlu menerima hukuman yang setimpal.
01:56Di sinilah timbul persoalan yang lebih besar.
01:59Kalau isu ini begitu besar, kenapa ia tidak mencetuskan kemarahan seperti skandal 1MDB?
02:07Tokoh wartawan negara A. Khadir Jassin percaya jawapannya terletak pada sikap masyarakat sendiri.
02:15Menurut Khadir, walaupun tabung haji menyentuh kepentingan umat Islam,
02:19beliau yakin kemarahan itu tidak akan berpanjangan.
02:24Malah katanya, orang Melayu bukan pandai marah sepanjang masa.
02:30Mereka senang dipujuk.
02:33Khadir turut mengingatkan tentang skandal 1MDB.
02:36Walaupun bekas Perdana Menteri Najib Razak kini menjalani hukuman penjara
02:41atas kesalahan rasuah berkaitan skandal itu,
02:45masih ada yang menuntut beliau diberi pengampunan.
02:48Bagi Khadir, itulah gambaran bagaimana kemarahan masyarakat boleh berubah apabila masa berlalu.
02:56Hari ini, kita sudah mengetahui apa yang berlaku.
03:00Kita sudah membaca laporan RCI.
03:03Kita sudah mendengar pandangan pakar.
03:06Tetapi persoalannya,
03:08adakah mengetahui sahaja sudah memadai?
03:11Atau akan ada pihak yang benar-benar dipertanggungjawabkan?
03:16Tabung haji bukan sekadar institusi kewangan.
03:19Ia menyimpan impian jutaan umat Islam.
03:23Dan sebab itu,
03:24isu ini bukan sekadar tentang untung atau rugi.
03:28Bukan sekadar tentang angka.
03:30Dan mungkin persoalan paling besar.
03:33Bukan lagi apa yang berlaku kepada tabung haji.
03:37Tetapi,
03:39berapa lama lagi kita akan mengingatinya dan jadikan teladan?
03:44Atau kita sekadar mengiakan kata-kata negarawan Tun Dr. Mahdi Mohamad?
03:51Melayu mudah lupa.
03:54Zahra Alam Yahya Syahir, FNT
Comments