Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Tapak Kubu Mat Kilau di Padang Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu menjadi lokasi berpotensi diwartakan sebagai tapak warisan dan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan sejarah.

Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Timur, Nor Fairus Nizam berkata, tapak bersejarah itu telah disenaraikan dalam inventori jabatan berkenaan untuk proses penilaian dan kajian menyeluruh sebelum dipertimbang untuk diwarta sebagai tapak warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Transcript
00:00Tapak Kubu Matkilau di Padang Jerangau, Kampung Pasiraja Dungun Terengganu menjadi lokasi berpotensi diwarta sebagai tapak warisan dan dibangunkan sebagai
00:11destinasi pelancongan sejarah.
00:13Pengarah Jabatan Warisan Negara Zuntimur, Norfairus Nizam berkata, tapak itu disenaraikan dalam inventori jabatan berkenaan untuk proses penilaian dan kajian
00:23menyeluruh sebelum dipertimbang untuk diwarta sebagai tapak warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 Akta 645.
00:33Katanya proses pewartaan juga perlu mendapat keizinan pihak berkuasa negeri serta mengambil kira pelbagai aspek dokumentasi termasuk semakan status hak
00:43milik tanah.
00:44Fairus berkata dari sudut sejarah, tapak kubu itu mempunyai fakta kukuh sebagai lokasi persembunyian Matkilau dan tempat berkumpul pejuang Melayu
00:53sekaligus mempunyai nilai warisan yang tinggi.
00:57Matkilau atau nama sebenarnya Muhammad bin Khatib Rasu Abdul Salam adalah pahlawan Pahang yang menentang penjajah British.
01:06Meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun, Matkilau disifatkan sebagai tokoh berpengetahuan luas dalam agama dan pernah
01:16belajar daripada beberapa ulama tersokhor termasuk mufti Pahang pertama Usman Senik.

Recommended