00:00Lembaga Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa IMF melengkapkan semakan terhadap kemudahan pembiayaan Ukraine, sekaligus membolehkan negara itu mengakses pembiayaan segera berjumlah
00:11kira-kira 690 juta dolar Amerika.
00:14Ukraine yang masih berdepan konflik perang sudah berada di bawah program pinjaman IMF bernilai 8.1 bilion dolar Amerika.
00:24Dengan kelulusan terbaru itu, jumlah keseluruhan pembiayaan yang telah disalurkan di bawah program kenaan meningkat kepada kira-kira 2.2
00:32bilion dolar.
00:33Semakan tersebut dianggap sebagai penilaian penting bagi Ukraine yang sedang berusaha mengekalkan kestabilan ekonomi serta meneruskan agenda pembaharuan ketika berdepan
00:41serangan Rusia yang semakin meningkat terhadap infrastruktur kritikal negara itu.
00:45Menurut IMF, prestasi pelaksanaan program secara keseluruhannya memuaskan.
00:49Semua kriteria prestasi kuantitatif dan sasaran indikatif sehingga akhir Mac berjaya dicapai.
00:54Namun sasaran rizab antarabangsa bersih pada akhir Jun tidak dipenuhi, sebahagiannya akibat kesan konflik di Asia Barat.
01:01Bagi memastikan program kekal berada pada landasan yang ditetapkan, kaki tangan IMF dan pihak berkuasa Ukraine pada Jun lalu bersetuju
01:08menyemak semula garis masa pelaksanaan pembaharuan,
01:11melaksanakan langkah pembetulan terhadap kelemahan yang dikenalpasti serta menambah komitmen dasar baru.
01:16Pengarah urusan IMF Kristalina Georgieva menegaskan bahawa keutamaan segera Ukraine ialah mengekalkan kestabilan makroekonomi
01:23menerusi dasar fiskal dan maneteri yang berhemat, selain mengambil langkah untuk memastikan daya tahan sektor keuangan negara itu terus terpelihara.
01:31Terima kasih kerana menonton!
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments