00:00Baik, seterusnya perkembangan perang Rusia dan Ukraine, konflik antara kedua-dua negara terus muncak apabila kedua-duanya saling melancarkan serangan
00:07pada ahad.
00:08Kementerian Tahanan Rusia mendakwa tenteranya turut melancarkan serangan menggunakan pesawat pejuang, peluru berpandu, artileri dan drone ke atas 149 sasaran
00:18di seluruh Ukraine dalam tempoh 24 jam.
00:23Sasaran tersebut termasuk kemudahan pemasangan dan penyimpanan drone, infrastruktur tenaga, bahan api, pengangkutan, pusat logistik tentera serta lokasi penempatan sementara
00:35tentera Ukraine dan pejuang asing.
00:38Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata tenteranya berjaya melaksanakan serangan jarak jauh ke atas beberapa sasaran strategik di wilayah
00:48Rusia.
00:48Beliau berkata, unit perkhidmatan keselamatan Ukraine SBU menyerang tiga depoh minyak dan sebuah kemudahan bahan api di wilayah Stavzropel, barat
00:59daya Rusia.
01:00Zelensky turut mendakwa tentera Ukraine berjaya menyerang tiga kapal tangki minyak Rusia di Laut Hitam.
01:07Pada awal hari yang sama, Ukraine memaklumkan Rusia melancarkan serangan besar-besaran pada waktu awal pagi dengan melepaskan lebih 40
01:16peluru berpandu pelbagai jenis.
01:18Kebanyakannya disasarkan ke ibu negara, Kiev.
01:21Terima kasih telah menonton!
Comments