Skip to playerSkip to main content
Deretan premis perniagaan pemborong pakaian di sekitar Jalan Kenanga Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pekerja dan pengunjung warga asing digempur pada Isnin.

Operasi Op Mega bermula jam 11 pagi itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787622/berita/semasa/selepas-bus-stand-klang-jalan-kenanga-pula-digempur

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PATI
Transcript
00:00Deretan premis perniagaan pemborong pakaian di sekitar Jalan Kenanga, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pekerja dan pengunjung warga asing digempur
00:09pada Isnin.
00:11Operasi OpMega bermula jam 11 pagi itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia JIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos
00:21Sarahidup dan Jabatan Pendaftaran Negar.
00:24Menyedari kehadiran anggota operasi yang berpakaian pre-man, rata-rata warga asing bertindak melarikan diri dan bersembunyi di tingkat 4
00:34premis.
00:34Bagaimanapun cubaan itu berjaya digagalkan apabila kawasan itu dikepung dengan lebih awal.
00:41Sinar harian yang mengikuti operasi terbabit, kawasan pusat pemborong pakaian turut melihat warga asing yang terpinga-pinga selepas dicekup ketika
00:51bersembunyi di dalam kotak pakaian
00:53dan timbunan kain serta barangan lusuh.
00:57Serbuan turut berdepan kesulitan apabila pasukan operasi terpaksa menggunakan alat pemotong kunci serta mesin pemotong bagi membuka pintu besi.
01:07Selain itu, ada segelintir warga asing yang berpura sebagai pengunjung.
01:12Walhal, risikan mendapati ada antara mereka dipercayai digajikan majikan sebagai pekerja.
01:18Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Syahban berkata,
01:24seramai 236 individu diperiksa dan menahan 111 individu disyaki pendatang asing tanpa izin berusia lingkungan 20 hingga 50-an.
01:35Antara yang ditahan membabitkan warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan salah guna PAS.
01:49Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended