Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Donald Trump mendakwa beliau telah memberi arahan agar Iran diserang secara besar-besaran sekiranya Tehran melaksanakan ancaman pembunuhan terhadapnya. Namun, sebarang tindakan ketenteraan akan bergantung kepada keputusan penggantinya mengikut proses perlembagaan Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dedah beliau telah memberi arahan untuk menyerang Iran sekiranya Teheran melaksanakan ancaman untuk membunuhnya.
00:09Trump berkata beliau mahu Amerika bertindak balas pada skala yang belum pernah dilihat sebelum ini sekiranya Iran melaksanakan ancaman tersebut.
00:17Di sebelah itu, Amerika Syarikat tidak mempunyai sistem otomatik yang membolehkan serangan ketenteraan dilancarkan secara serta merta sekiranya Presiden terbunuh.
00:26Mengikut Perlembagaan Amerika Syarikat dan Akta Penggantian Presiden 1947, kuasa akan dipindahkan kepada naib Presiden jadi Vance yang juga akan
00:35menjadi pemerintah tertinggi Angkatan Tentera.
00:38Dalam keadaan itu, Vance boleh memilih untuk melaksanakan arahan tersebut atau menentukan sebarang bentuk tindak balas yang lain.
00:44Trump sebut ini mendakwa Iran terus mengeluarkan ancaman pembunuhan terhadapnya dan memberi amaran bahawa Amerika mempunyai ribuan peluru berpandu yang
00:52sedia digunakan sekiranya ancaman itu dilaksanakan.
00:56Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended