00:00Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap penyebaran fahaman ekstremis dan radikal kerana ia berpotensi menggugat keamanan, kestabilan serta perpaduan dalam
00:08masyarakat majmuk negara ini.
00:10Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadullah Yusof berkata, bagi membendung fahaman tersebut, usaha perlu bermula dengan matlamat melahirkan masyarakat yang
00:18progresif dan sederhana selain memperkukuh pembinaan sahsiah menerusi pendidikan berteraskan nilai agama.
00:24Jelasnya usaha berkenaan tidak boleh digalas oleh kerajaan sahajam sebaliknya memerlukan kerjasama institusi keluarga, institusi pendidikan dan seluruh lapisan masyarakat
00:34untuk membendung fahaman ekstremis sejak peringkat awal.
00:37Fadullah berkata aspek perundangan tetap penting dalam menangani ancaman berkenaan, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira keseimbangan
00:45antara keselamatan negara, keharmonian masyarakat dan piawayan antarabangsa.
Comments