Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Ringgit dijangka bergerak antara RM4.05 hingga RM4.07 minggu depan apabila pelabur menunggu data inflasi AS. Mata wang tempatan kekal kukuh berbanding mata wang utama dan serantau.
Transcript
00:00Dagangan ringgit dijangka berada pada jajaran kecil antara RM4.05 dengan RM4.07 berbanding dolar Amerika minggu depan memandangkan pelabur
00:10menunggu laporan indeks harga pengguna IHP Amerika yang akan dikeluarkan pada selasa.
00:16Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata IHP Amerika boleh menentukan pergerakan pasaran keuangan global di samping boleh menjadi
00:25pemangkin utama seterusnya untuk sentimen pasaran.
00:29Jelasnya wujud kemungkinan munasabah yang data itu boleh lemah terutama seandainya harga tenaga yang rendah mengekang lonjakan inflasi pada Mei.
00:38Pada asas Jumat ke Jumat, ringgit turun sedikit kepada RM4.0695 berbanding dolar Amerika daripada RM4.0690 pada minggu sebelumnya.
00:50Matawang tempatan diniagakan tinggi berbanding kebanyakan matawang utama pada minggu ini.
00:54Ringgit juga didagangkan tinggi berbanding kebanyakan matawang negara serantau ASEAN.
Comments

Recommended