Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Komuniti perniagaan digesa guna AI untuk tingkatkan kapasiti tanpa mengabaikan pembangunan modal insan. Keutamaan keterlaluan pada teknologi boleh melebarkan jurang kemahiran dan meningkatkan kos dalam jangka panjang.
Transcript
00:00Komuniti perniagaan perlu memanfaatkan kecerdasan buatan AI untuk melipatgandakan kapasiti selain terus melabur dalam pembangunan modal insan dan tidak menganggap
00:10teknologi itu sebagai alat untuk mengurangkan kos semata-mata.
00:14Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 7SIM, syarikat yang mengurangkan pelaburan dalam pembangunan modal insan demi memberi keutamaan kepada AI
00:22berisiko melebarkan curang kemahiran dan berdepan kos teknologi yang lebih tinggi dalam jangka panjang.
00:32Beliau turut mengingatkan banyak syarikat teknologi global terkebuka masih terus mengambil jurutera perisian sebagai pekerja walaupun melabur secara besar-besaran
00:40dalam AI.
00:41Beliau turut menggesa komuniti perniagaan agar tidak sekadar menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam teknologi dan sosial sebaliknya tanpa menerajui
00:49perubahan serta membentuk masa depan di samping mengingatkan bahawa perniagaan yang hanya mengikut arus dan tren berisiko untuk ketinggalan.
00:56Beliau turut menyifatkan perusahaan kecil dan sederhana PKS milik keluarga sebagai antara kekuatan Malaysia yang sering dipandang ringan sedangkan nilai
01:04kekeluargaan yang kukus serta hubungan yang erat dalam perniagaan keluarga telah banyak menyumbang kepada daya tahan perniagaan.
01:10Beliau berkata Kementerian sedang mempertimbangkan untuk mengarahkan SME Corp Malaysia menjalankan kajian mengenai kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan
01:18milik keluarga bagi membantu merangka langkah sokongan yang lebih bersasar.
Comments

Recommended