Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Pendidikan dan advokasi keselamatan jalan raya perlu dipertingkat agar masyarakat lebih memahami setiap tindakan tidak bertanggungjawab di jalan raya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Transcript
00:00Pendidikan dan evokasi keselamatan jalan raya perlu dipertingkat agar masyarakat lebih memahami setiap tindakan tidak bertanggungjawab di jalan raya boleh
00:09mengakibatkan kehilangan nyawa.
00:11Pengarah Jabatan Siasatan dan Pengawasan Trafik JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammad Hasbullah Ali berkata,
00:17Tindakan pengangkosaan semata-mata tidak mencukupi sebaliknya memerlukan sokongan masyarakat, peranan ibu bapa, keluarga, institusi pendidikan serta komuniti dalam membentuk
00:27sikap bertanggungjawab ketika berada di jalan raya.
00:33Beliau berkata kes kemalangan membabitkan penunggang motosikal sebagai contoh, sukar dibendung melalui sekadar penguatkuasaan kerana ia juga berkaitan sikap, mentaliti
00:44dan budaya segelintir penunggang
00:45yang sengaja mengabaikan undang-undang demi kepuasan atau pengiktirafan dalam kalangan rakan-rakan.
00:51Muhammad Hasbullah berkata, walaupun jabatan itu dan agensi berkaitan sentiasa melaksanakan operasi,
00:57masih terdapat individu sanggup mengambil risiko tinggi dengan menunggang secara melulu, berlumba dan melakukan aksi berbahaya di lebuh raya.
01:06Tegasnya dalam kejadian seperti yang berlaku di lebuh raya Pantai Timur LPT pagi Sabtu,
01:11bukan sahaja nyawa penunggang motosikal terkorban, malah pengguna jalan raya lain turut berdepan risiko kecederaan,
01:18kerosakan harta benda dan trauma akibat kemalangan yang berlaku.
01:22Beliau berkata jalan raya adalah ruang awam yang perlu dikongsi secara bertanggungjawab oleh semua pihak.
01:29Beliau mengulas mengenai kemalangan maut di kilometer 246.4 LPT berhampiran Kuantan, Pahang,
01:35yang mengakibatkan empat penunggang motosikal maut, manakala 20 lagi cedera.
01:41Sementara itu, beliau berkata tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan
01:48seperti menunggang secara melulu, berlumba haram atau melakukan aksi yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
01:54Terima kasih telah menonton!
01:58Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended