Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Aliran trafik dan pergerakan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) serta Kompleks Sultan Abu Bakar, dua pintu masuk darat utama antara Malaysia dan Singapura, dilaporkan lancar pada Sabtu.
Transcript
00:00Bila aliran trafik dan pergerakan di bangunan Sultan Iskandar BSI serta kompleks Sultan Abu Bakar, dua pintu masuk darat utama
00:07antara Malaysia dan Singapura dilaporkan lancar pada Sabtu.
00:11Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, melalui sihantaran di PlatformX memaklumkan perkembangan itu adalah berdasarkan maklumat yang diterima
00:19daripada Pasukan Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia, EKPS.
00:24Beliau turut memuat naik video berdurasi 29 saat yang memaparkan situasi di kedua-dua pintu masuk berkenaan dengan caption Good
00:33Job Tim AKPS pagi ini laluan lancar di BSI dan KSAB.
00:38Sebelum ini, AKPS melaksanakan operasi pada tahap maksimum di BSI dan KSAB bagi melancarkan pergerakan pengundi yang pulang dari Singapura
00:49untuk menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya negeri PRN Johor ke-16.
00:54Langkah itu melibatkan pembukaan laluan khas, pengaktifan kaunter hybrid serta pelaksanaan laluan kontra sekiranya berlaku kesesakan luar biasa.
01:03Laluan khas tersebut beroperasi 24 jam bermula 12.01 tengah malam sehingga 6 petang hari ini.
01:11PRN Johor kali ini menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN.
01:20Sebanyak 1,076 pusat mengundi yang melibatkan 4,889 saluran dibuka serentak bermula jam 8 pagi.
01:28Suruhan Jaya Pilihan Raya SPR menyasarkan kadar keluar mengundi sekitar 70% manakala keputusan rasmi penuh dijangka diketahui seawal jam
01:3810 malam ini.
Comments

Recommended