00:00Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula isu lama berkaitan dakwaan gangguan azan subuh di Sungai Buloh yang kembali
00:09tular di media sosial baru-baru ini.
00:12Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Mohd Nur berkata, hasil semakan mendapati hantaran bertajuk dakwaan azan subuh, ganggu
00:21tidur.
00:21Adun buat laporan polis merujuk kepada insiden lama yang telah disiasat dan diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
00:29Beliau meminta masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama
00:38di negara ini.
00:39Tegasnya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan menyebarkan berita palsu, hasutan atau
00:48kandungan yang boleh mengganggu ketenteraan awam.
00:50Hantaran yang tular itu dipercayai merujuk kepada insiden membabitkan seorang bekas ahli Dewan Undangan Negeri Adun yang membuat laporan polis
00:59selepas menerima aduan mengenai tindakan seorang lelaki bukan Islam memasuki sebuah surau di puncak alam tanpa kebenaran.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments