00:00Indeks Kebebasan Media Dunia 2026, fenomena masyarakat menua menjelang 2040 dan dana mesra warga emas antara tumpuan sidang Dewan Rakyat.
00:10Menurut aturan urusan mesyuarat yang disiarkan menerusi portal Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri.
00:22Antara lain, Ahmad Fadli Syari, ahli Parlimen Pasir Mas, meminta Perdana Menteri menyatakan faktor kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan
00:31Media Dunia 2026
00:33yang mencatatkan penurunan ke tangga 95 berbanding tangga ke 88 pada tahun lalu.
00:40Beliau juga mahu tahu langkah komprehensif kerajaan bagi melindungi hak kebebasan media.
00:46Sementara itu, ahli Parlimen Ipoh Timur, Li Chuan Hao pula meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan madani maklum atau
00:53sebaliknya
00:54mengenai kegelisahan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS kerana kesulitan dana untuk menyokong kelangsungan peniagaan mereka.
01:03Pada sesi itu, ahli Parlimen Merbuk, Muhammad Nazri Abu Hassan meminta Menteri Ekonomi menyatakan tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena
01:12masyarakat menua menjelang tahun 2040.
01:15Ini kerana 17.3% penduduk Malaysia akan mencapai umur 65 tahun ke atas menjelang tempoh itu.
01:24Beliau meminta Menteri Ekonomi membentangkan persediaan negara termasuk dari aspek kebajikan warga emas, penjagaan kesihatan, pelindungan sosial dan sokongan kepada
01:34institusi keluarga.
01:35Ahli Parlimen Serigading Aminul Huda Hassan pula meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan bercadang memperkenalkan dana mesra warga emas bagi
01:44membantu masjid dan surau menyediakan kemudahan seperti laluan kerusi roda, tandas mesra OKU dan ruang rawatan asas untuk jemaah warga
01:52emas.
01:54Mesyuarat kedua penggal kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 16 hari dan dijadwalkan berakhir pada 16 Julai ini.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments