00:00Sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO mendakwa keadaan kesihatan pengarah hospital Kamal Adwan, Dr. Husam Abu Safiyah, semakin merosot selepas beliau
00:10dipindahkan ke penjara Nitsan di Israel.
00:13Physicians for Human Rights memaklumkan peguamnya Nasir Odeh telah mendokumentasikan kecederaan serius, tanda-tanda dipukul, kesukaran bernafas serta berulang kali
00:26tidak sedarkan diri ketika melawat beliau pada 2 Julai.
00:32Menurutnya, Abu Safiyah dibawa ke sesi pertemuan itu dalam keadaan tangan dan kakinya bergari serta dikawal anggota pengawal penjara yang
00:42bertopeng.
00:42Beliau mengalami kecederaan baharu yang serius serta lebam di kepala, mata, telinga dan leher sehingga sukar untuk dikenalpasti.
00:52Organisasi tersebut sekali lagi menggesa supaya Abu Safiyah serta doktor-doktor lain yang ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan dibebaskan.
01:01Organisasi tersebut sekali lagi menggesa supaya Abu Safiyah serta doktor-doktor lain yang ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan dibebaskan.
01:10Pengarah Jabatan Banduan dan Tahanan Pertubuhan itu, Najib Abbas berkata, maklumat yang diterima menimbulkan kebimbangan serius dan mendesak terhadap nyawa
01:19Abu Safiyah.
01:21Abbas berkata, keadaan Abu Safiyah bertambah buruk selepas beliau mencabar keputusan untuk meneruskan penahanan yang di mahkamah,
01:28sambil menambah bahawa rentetan kejadian itu memerlukan siasatan bebas dan segera.
01:34Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan, keselamatan dan nyawa mana-mana individu yang berada dalam tahanan
01:42serta menggesa campur tangan segera.
01:44Terima kasih telah menonton!
Comments