00:00Kementerian Kesihatan KKM memperkukus sistem perkhidmatan kesihatan di Pulau Tuba Langkawi menerusi pelancaran ambulans laut yang bernilai RM1.45 juta
00:11dan Emergency Birthing Unit EBU.
00:14Penambahan infrastruktur ini dijangka meningkatkan akses rawatan kecemasan kepada lebih 5,000 penduduk pulau itu.
00:23Jelas KKM, ambulans laut sepanjang 48 kaki yang mula beroperasi pada 20 Mei itu direka khusus bagi pemindahan pesakit melalui
00:31laluan laut dan dilengkapi kemudahan rawatan kecemasan modern.
00:35Keperluan terhadap kemudahan ini sangat nyata. Memandangkan secara purata, terdapat 7 hingga 10 kes kecemasan perlu dirujuk melalui laluan laut
00:45setiap bulan ke fasiliti kesihatan di Pulau Langkawi.
00:49Kemudahan ambulans laut itu membolehkan proses pemindahan pesakit dilaksanakan lebih cepat, selamat dan efisien, sekaligus meningkatkan kesiapsiagaan sistem respons kecemasan
01:00bagi seluruh komuniti kepulauan.
Comments