Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 38,000 penduduk terjejas akibat banjir besar di Ghana selepas hujan luar biasa melanda Accra.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya 12 orang maut menekali 7 lagi masih hilang selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar melanda sebahagian besar ganang
00:07termasuk ibu negara Akra.
00:09Menteri dalam negerinya Muhammad Mubarak Muntaka berkata lebih 38,800 penduduk terjejas dengan 7,761 isi rumah terpaksa meninggalkan kediaman
00:19susulan hujan luar biasa yang melanda bandar itu.
00:25Menurut beliau, Akra merekodkan 169mm hujan dalam tempoh sehari antara kadar tertinggi pernah dicatatkan sejak 1995.
00:34Di kawasan terjejas, penduduk dilihat berusaha menyelamatkan barangan seperti tilam, perabot dan keperluan asas yang ditenggelami air.
00:43Kerajaan Ghana turut menggerakkan dana kecemasan bagi bantu usaha bantuan dan pemulihan.
00:48Sebanyak 30 juta dolar Amerika diperuntukkan untuk menangani krisis itu termasuk 17 juta dolar bagi bantuan kepada lebih 10,000
00:56isi rumah terkesan dan 13 juta dolar bagi mengurangkan risiko banjir terutama di kawasan pesisir pantai.
01:03Pihak berkuasa maklumkan operasi mencari mangsa yang masih hilang diteruskan manakala penilaian kerosakan sedang dijalankan.
01:10Banjir sering berlaku di akra setiap musim hujan dengan masalah sistem saliran tidak mencukupi, pembinaan tidak terkawal serta perancangan bandar
01:19yang lemah dikenalpasti sebagai faktor.
Comments

Recommended