Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
More youths are turning up for the National Service Training Programme (PLKN) 3.0 than there are places available, resulting in some being turned away because of limited camp capacity, the Dewan Rakyat was told.

Deputy Defence Minister Adly Zahari said the number of walk-in volunteers exceeded the quota in some intakes.

Read more at https://tinyurl.com/vd2647m5

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pertahanan telah menetapkan indikator prestasi utama atau KPI
00:05bagi mengukur keberkesanan Program Latihan Iman Negara PLKN 3.0
00:10serta memastikan objektif pembentukan modal insan dapat kita capai.
00:16KPI yang ditetapkan ialah setiap pelatih mesti menunjukkan sekurang-kurangnya 80% pencapaian
00:21dalam enam elemen utama yaitu petrochisma, perpaduan, disiplin dan transformasi diri,
00:28ketahanan mental dan kesiap-siagaan, pengetahuan ketenteraan serta semangat kesukarelawan.
00:35Bagi menilai KPI yang ditetapkan, keadaan kaji selidik kajian IMPAK telah dilaksanakan sebelum dan juga selepas latihan
00:42dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah UMS dan juga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM
00:49dan kajian IMPAK ini tidak dianalisa mengikut negeri, sebaliknya ia menilai keberkesanan program secara keseluruhan
00:56berdasarkan semua peserta PLKN 3.0 di seluruh negara.
01:01Secara keseluruhannya objektif dan KPI yang ditetapkan telah dicapai di semua latihan PLKN 3.0
01:08dan semua indikator menunjukkan peningkatan yang positif selepas peserta mengikuti latihan.
01:13Sebagai contoh, berdasarkan dapatan kajian dalam siri yang kedua bagi tahun ini, 2026,
01:20kita boleh melihat dalam enam indikator itu contohnya patriotisme sebelum latihan peratus pencapaian sekitar 82%
01:30selepas latihan ada peningkatan 6.3, 5% iaitu 88.98%.
01:35Begitulah juga dengan perpaduan, ada peningkatan 9% disiplin daripada 77.36% meningkat sehingga 92.6%
01:46antara peningkatan yang tertinggi 15%.
01:49Begitulah juga ketahanan mental, 71% meningkat kepada 83%.
01:54Pengetahuan ketenteraan, kalau kita lihat sebelum memang agak rendah 56% dan kini meningkat kepada 84%.
02:03Peningkatan tertinggi itu 27%.
02:05Dan juga kesukaan relawan daripada 75% hingga ke 83%.
02:10Sehingga kini kalau kita lihat, tahun lalu kita telah melatih seramai 1,202 orang.
02:18Tahun ini sehingga siri kedua 2026, tengahan tahun ini, kita telah menambah 2,202 orang.
02:25Jadi jumlah keseluruhan setakat ini adalah 3,404 orang.
02:28Dan kita menjangkakan sehingga penghujung tahun ini kita boleh melatih sehingga 4,200 anggota pelatih.
02:34Di 3 kamp latihan.
02:36Dan kalau untuk makluman, kita dalam progres untuk melengkapkan sehingga 9 lagi kamp latihan buat masa ini.
02:45Dan kita jangka menjelang tahun hadapan kita boleh melatih sehingga 9,200 anggota di PLKN.
02:52Ada pun yang tidak hadir, kita tahu ada pelbagai.
02:55Ada sebahagiannya terkait dengan masalah kesihatan.
02:59Ada sebahagiannya juga terkait dengan melanjutkan pelajaran.
03:04Dan ada sebahagiannya memang tidak hadir.
03:06Jadi semua proses-proses itu kita ada proses bagaimana kita pastikan bahawa kalau dia kesihatan sementara,
03:13mungkin dia boleh mengikuti latihan seterusnya.
03:16Begitulah juga kalau kita lihat, macam tadi saya sudah menjawab keseluruhan tentang kamp dia dan progresnya.
03:22Memang saya tak nafikan bahawa dalam masa yang sama kita melalui semua proses ini,
03:26proses tender untuk pastikan progresnya.
03:28Dan saya yakin daripada lawatan itu kita boleh melihat keadaan semasa kamp itu.
03:33Dan kita harap kita kena pastikan bahawa kamp itu selamat, infrastrukturnya baik
03:37untuk anak-anak kita ini melalui proses latihan di PLKN.
03:41Itu saja jawapannya.
03:42Yang volunteer tadi, volunteer berapa persen?
03:45Percentage secara detail itu nanti saya maklumkan kepada Ketere.
03:49Tapi kita tak nafikan bahawa ada dalam beberapa kes, volunteer itu datang melebihi daripada apa yang sepatutnya.
03:55Ini yang kita hadapi juga cabaran itu.
03:59Kadang-kadang kita buka kepada volunteers dan kita ada senarai.
04:02Tapi volunteers itu lebih.
04:03Memang ada satu kes lagi itu, peserta kita lebih daripada apa yang sepatutnya.
04:07Jadi memang ada beberapa kekecewaan mereka yang hadir itu tak dapat menyertai.
04:13Sebab kadang-kadang kita menjangkakan, kita beri beberapa peratus, 10 sehingga 20 peratus untuk mereka itu hadir.
04:19Tetapi masa yang sama sebenarnya kita di kamp-kamp PLKN ini, kita ada jumlah yang terhad.
04:26Itu telah kita perbaiki sistem itu kerana kita buat volunteers itu lebih awal supaya kita tahu jumlah sebenar yang hadir
04:33dan mereka semuanya boleh ditempatkan di kamp latihan mengikut jadual yang telah kita tetapkan.
Comments

Recommended