00:00PERSOALAN mengenai masa depan Ketua Pegawai Eksekutif CEO Pasukan Kebangsaan, Rob Friend, akhirnya terlerai pada Khamis.
00:09Ia sebaik Pesatuan Polosepak Malaysia FM mengumumkan penamatan kontrak yang melalui persetujuan bersama kedua-dua pihak berkuat kuasa 1 Jun
00:172026.
00:19Bukan sahaja kontrak Rob Friend, malah kontrak Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Klamovsky,
00:24bersama dua staff teknikalnya Matthew Smith, Dr. Seiya Imazaki juga ditamatkan melalui persetujuan bersama berkuat kuasa 16 Jun 2026.
00:32Nasib bersama turut dialami Ketua Jurulatih Pasukan Bawah 23 Negara, Nafuzi Zain bersama Jurulatih Penjaga Gol Mohd Yassin
00:41yang turut ditamatkan hasil daripada persetujuan bersama berkuat kuasa 15 Jun 2026.
00:47Dalam kenyataan itu, FM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih
00:52atas segala jasa komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Pasukan Kebangsaan.
00:58Menurut Badan Induk itu lagi, keputusan itu dibuat bagi memastikan kelancaran halatuju dan kesinambungan program Pasukan Kebangsaan
01:04yang mendorong FM mengambil langkah sewajarnya berhubung pengisian jawatan-jawatan berkenaan.
01:11Friend, dilantik FM pada penghujung 2024 selaku tunjang penting kepada revolusi skuad Harimau Malaya sebelum Klamovsky dan Nafuzi turut serta.
01:22Terima kasih.