Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Ikuti Kami Di Semua Platform Digital Rasmi ZAYAN

 ZAYAN - Destinasi Nasyid Anda
Transcript
00:00Di bumi yang serba kekurangan ini, aku belajar.
00:03Kadang-kadang, yang sedikit itu cukup membahagiakan mereka.
00:10Jauh perjalanan ini membawa aku melihat kehidupan dari sisi yang berbeza
00:14tentang manusia, tentang syukur dan tentang pengorbanan yang sebenar.
00:21Selama ini, benarkah aku sudah benar-benar berkorban?
00:26Sempurnakah pengorbananku?
00:32Perjalanan kami bermula dari KLIA 2 pada jam 6.30 petang menuju ke Tawau.
00:36Dan dekat sana juga, aku mula berjumpa dengan tim daripada komuniti dakwah Tarbiah
00:41bersama dengan Piu Salman untuk ekspedisi kali ini.
00:43Tapi sebelum lepas, ada sedikit ujian kecil.
00:46Pada awalnya, kami diminta boarding di gate J11.
00:50Semua dah masuk dalam pesawat.
00:52Tiba-tiba kami diminta keluar semula kerana ada masalah teknikal.
00:56Dari J11, kami dipindahkan pula ke gate J8.
01:00Tak lama lepas itu, bertukar lagi ke gate J13.
01:04Sebelum akhirnya, kami benar-benar berlepas menuju ke Tawau.
01:07Alhamdulillah.
01:08Dan hampir 3 jam perjalanan di udara sebelum kami selamat mendarat di bumi Sabah.
01:13Dari lapangan terbang Tawau, perjalanan diteruskan hampir 2 jam.
01:16Menaiki van menuju ke Semporna.
01:19Cuaca sepanjang perjalanan agak hujan.
01:22Dengan suasana jalan yang, Alhamdulillah, cukup tenang pada waktu malam.
01:25Dan kami tiba di Semporna sekitar jam 11.30 malam.
01:37Walaupun kebanyakan kedai dah pun tutup, syukur masih ada yang sediakan makanan untuk kami sebelum berehat
01:42dan bersedia untuk misi keesokan harinya.
01:52Pada 9 Zulhijjah, kami semua mengambil peluang untuk berpuasa sunat Hari Arafah
01:56sebelum meneruskan misi ekspedisi korban di bumi Semporna.
02:00Dan pagi itu, kami bergerak dari jeti Semporna menuju ke Pulau Bumbum,
02:04kampung Labuan Haji, bagi menziarahi Maktab Tarbiah di sana.
02:14Ok, Alhamdulillah. Kita dah sampai kat Pulau Bumbum dan inilah Maktab Tarbiah
02:18yang telah didirikan daripada tahun 2022.
02:23Mereka dah ada sendiri punya Maktab Tarbiah.
02:25So, budak-budak dia ada pembelajaran semua kat sini.
02:27Nak sampaikan syiar tu kat sini.
02:28Dan setibanya kami di kampung tersebut,
02:30aku bersama Abang Apek, Abang Yassin Man disambut mesra oleh masyarakat setempat
02:34serta anak-anak murid Maktab Tarbiah Pulau Bumbum.
02:50Dan Alhamdulillah kami sempat meluangkan masa beramah mesra
02:52bersama anak-anak murid dan penduduk kampung
02:55sebelum menjalankan aktiviti Gotong Royong
02:57membersihkan kawasan sekitar Maktab selama hampir 2 jam.
03:01Jom kita Gotong Royong!
03:15Walaupun kami tak mampu membersihkan keseluruhan kawasan,
03:18paling kurang kami cuba memberi kesedaran tentang pentingnya
03:21menjaga kebersihan persekitaran,
03:24terutama kepada generasi muda di kampung ini.
03:27Dan bagi kami, perubahan itu mungkin tak berlaku dalam sehari,
03:30tetapi setiap usaha kecil tetap ada nilainya.
03:34Okay Alhamdulillah, lebih kurang 2 jam setengah kita setelkan Gotong Royong kita
03:38untuk second day dekat Sampurna Sabah ni.
03:41Kita dekat Pulau Bumbum, kampung Labuan Haji.
03:45Kita bersihkan kawasan sekitar Maktab Tarbiah tadi dengan pelajar-pelajar.
03:50Nampaklah daripada botol yang banyak dengan botol apa semua,
03:53tapi insyaAllah kita try untuk pupuk mereka supaya jaga kebersihan.
03:57Starting daripada kawasan sekolah itu sendiri.
03:59Dan insyaAllah, kawasan sekeliling dulu nanti kita akan waruangan lagi
04:02untuk jaga keberadaan seluruh Pulau Bumbum ni.
04:04Agak besar juga Pulau Bumbum ni.
04:06So settle untuk hari ni, lepas ni kita nak balik ke darat.
04:08Kita tengok apa program kita selepas ni.
04:19Setelah selesai aktiviti Gotong Royong,
04:21kami kembali semula ke darat untuk berehat seketika
04:23sebelum meneruskan ekspedisi ni pada sebelah petang.
04:26Kami kembali semula ke Kampung Labuan Haji
04:28untuk menziarahi keluarga Adik Razman,
04:31seorang pelajar di Maktab Tarbiah yang dikatakan
04:34antara pelajar terbaik di sana.
04:36Keadaan rumah keluarganya agak uzo dan tidak lagi begitu kukuh
04:40untuk didiami sekeluarga.
04:42Namun di sebalik serba kekurangan itu,
04:44aku melihat sendiri bagaimana kuatnya semangat Adik Razman
04:47untuk terus belajar dan membina masa depan
04:49yang lebih baik buat keluarganya.
05:03Mungkin kalian juga dapat melihat sendiri
05:05keadaan rumah dan kehidupan mereka di sini
05:07dan aku sendiri berpeluang merasai pengalaman
05:10berjalan di titi rumah yang sudah agak osang
05:14dan tidak begitu stabil.
05:41Satu pengalaman yang membuatkan
05:43aku lebih menghargai nikmat yang selama ini
05:46sering kita anggap biasa.
05:57Selepas selesai menziarahi keluarga Adik Razman,
06:00kami berjalan kaki kembali ke Maktab Tarbiah Pulau Bumbum
06:03untuk berbuka puasa bersama anak-anak murid di sana.
06:07Dan apa yang cukup menyentuh hati sebenarnya,
06:09mereka menyambut kami dengan penuh mesra.
06:12Seolah-olah kami sudah lama saling menali.
06:22Dan anak-anak murid ini juga dilihat cukup tertib
06:26menunggu waktu berbuka puasa.
06:27Walaupun masing-masing masih kecil,
06:29mereka tetap sabar menanti azan
06:31sebelum menikmati makanan yang telah disediakan
06:33di dalam pak makanan.
06:35Kami turut berbuka puasa bersama mereka
06:37dalam keadaan yang agak gelap
06:39selepas dimaklumkan generator di kawasan tersebut
06:41tidak dapat berfungsi akibat pokok tumbang.
06:44Namun, disebalik serba kekurangan itu,
06:46kami tetap bersyukur kerana dihidangkan
06:49dengan juadah yang cukup istimewa.
06:50Keadaan kita berbuka puasa
06:52dekat baktab Tarbiah
06:54terletak di Pulau Bumbum
06:56dekat Sakunan Sabah ini.
06:57Elektrik tak ada,
06:58nak bagaimana?
06:59Berpanas,
07:00tapi kita punya
07:01makanan untuk iftar,
07:03tengoklah.
07:04Parrot fish, bro.
07:05Parrot fish.
07:07Dan di sinilah kami belajar,
07:08kadang-kadang bahagia itu
07:10bukan tentang kemewahan,
07:11tetapi tentang rasa syukur
07:13dengan apa yang ada.
07:24Sebelum kami meneruskan
07:26misi korban di Sempurna,
07:27kami menunaikan
07:28solat sunat Aidiladha
07:30terlebih dahulu
07:30di Masjid Al-Rahman,
07:32memandangkan hari ini
07:3310 Zulhijjah kan?
07:35Dan di situlah
07:35aku dapat melihat sendiri
07:37bagaimana masyarakat di sini
07:39menyempurnakan ibadah bersama-sama.
07:41Walaupun kalau kita tengok Aidiladha
07:43hanya datang setahun sekali,
07:44jelas kelihatan
07:45bagaimana solat ini
07:46menyatukan masyarakat setempat.
07:48Agak berbeza
07:49dengan masjid dekat Semanjung
07:50pasal sini kalau kita tengok
07:51orang kat sekeliling sini,
07:52dia pegang satu bulung.
07:54Bulung tu
07:55macam melapik lah
07:57menggantikan sejadah.
07:58Aku juga tertarik
07:59dengan keunikan
08:00suasana di sini.
08:01Walaupun ruang
08:02dalam masjid agak penuh,
08:04ruang di luar masjid pun
08:05agak terhad,
08:06tapi ada yang menggunakan
08:08kertas minyak
08:09sebagai alas
08:09untuk bersolat
08:10menggantikan sejadah
08:11seadanya.
08:12Satu pemandangan
08:13yang sederhana,
08:14tetapi cukup
08:15memberi makna.
08:25Selesai menunaikan
08:26solat sunat Aydil Adha
08:27dan berehat seketika
08:28di hotel,
08:29kami terus bergerak
08:30menuju ke Pulau Bait,
08:32Kampung Limau-Limau
08:33bagi melaksanakan
08:34ibadah korban
08:35bersama masyarakat setempat.
08:38Okay, sekarang ni kita nak
08:39ke Pulau Baik
08:40nak lakukan korban
08:41untuk dua ekor
08:42bersama dengan
08:43komuniti dakwah tarbiah.
08:55Buaya eh sini.
08:57Di sini memang ada kisah
08:58yang mana seorang ayah
09:00dibaham buaya.
09:01Di sini laut
09:03yang ada buaya.
09:04Jangan tak ada buaya.
09:05Orang kata,
09:06jangan disangka
09:07air yang tenang,
09:07tak ada buaya.
09:08Di sini memang real.
09:09Ini real buaya punya ada.
09:14Pada hari itu,
09:15sebanyak dua ekor lembu
09:17dikorbankan
09:17dan proses melapah
09:18turut dilakukan
09:19secara bergotong royong
09:21bersama dengan
09:21penduduk kampung.
09:23Apa yang menarik perhatian aku?
09:24Cara sembelihan di sini
09:25agak berbeza
09:26daripada kebiasaan
09:27yang selalu aku lihat
09:28di Semenanjung.
09:29Sebelum proses sembelihan
09:30dilakukan,
09:31bahagian kepala lembu
09:32ditutup
09:33menggunakan daun pisang.
09:34Bagi aku,
09:35itu antara bentuk ihsan
09:37yang mereka
09:37terapkan terhadap haiwan
09:39ketika proses
09:40sembelihan dijalankan.
09:41InsyaAllah,
09:42lama-lama mereka akan
09:42pengalaman ini
09:43cara mereka.
09:44Tapi yang penting,
09:46korban itu
09:47adalah korban yang sempurna.
09:49InsyaAllah.
09:49Bagi aku,
09:50ini bukan soal
09:50untuk menghukum
09:51atau membandingkan
09:52tetapi lebih kepada
09:53ruang
09:54untuk sama-sama belajar
09:55dan menyebarkan
09:57lagi kefahaman
09:58tentang syiar
09:59ibadah korban
10:00kepada masyarakat setempat.
10:04Kami menuju pula
10:05ke
10:06Maktab Tarbiah
10:07yang terletak
10:08di Pulau Baik.
10:08Kami juga turut
10:09mengagihkan
10:09pak makanan
10:10serta daging
10:11ready to eat
10:12kepada masyarakat setempat
10:13sebelum bersama-sama
10:14menikmati
10:14masakan tradisional
10:16masyarakat di sana
10:16iaitu
10:17Tiula Itum.
10:19Macam mana kita nak
10:20beritahu
10:20dekat dalam
10:21video
10:21yang Tiula Itum
10:22ni sangat-sangat sedap?
10:23Dia boleh selain
10:24daging?
10:25Nak tecer dia?
10:26Tiula Itum
10:27mayam
10:27semua tu lagi?
10:30Mana kita nak
10:31beritahu
10:31yang Tiula Itum
10:32ni sangat-sangat sedap?
10:33Sebelum pulang
10:34semula ke
10:34Sempurna,
10:35kami juga sempat
10:36singgah di sebuah
10:36rumah atas air
10:37di sekitar Pulau Baid
10:39untuk menyampaikan
10:40pak daging korban
10:41serta pak makanan
10:42ready to eat
10:42kepada keluarga di sana.
10:44Banyak perkara
10:45yang dipelajari
10:45sepanjang berada di sini
10:46tentang kehidupan,
10:48tentang kebersamaan
10:49dan tentang makna
10:50sebenar pengorbanan.
10:52Selesai segala urusan
10:53di Pulau Baid,
10:54kami kembali
10:55semula ke Sempurna
10:56untuk berehat
10:56sebelum meneruskan
10:57misi korban
10:58seterusnya
10:59pada 11 Zul Hijjah.
11:03Hari ni
11:04pagi hari
11:05raya ke-2
11:07makna kata
11:08misi hari kita ke-4
11:09dekat Sempurna Sabah ni
11:10sama dengan KDT
11:11kita ada seekor lagi lembu
11:12kita nak sembelih
11:14sejak lainnya
11:14buat korban
11:15lepas tu kita akan
11:16agihkan dekat penduduk
11:17Pulau Bumbu.
11:19Kami meneruskan
11:19misi korban
11:20ke Kampung Pekan II
11:21bagi melaksanakan
11:22ibadah korban
11:23bersama masyarakat setempat.
11:25Seperti hari-hari sebelumnya,
11:27suasana di kampung
11:28cukup meriah
11:28dengan kehadiran penduduk
11:30yang turut sama membantu
11:31sepanjang proses korban
11:32dijalankan.
11:33Malah,
11:34kanak-kanak di sini juga
11:35begitu teruja
11:36untuk melihat sendiri
11:37bagaimana proses penyembelihan
11:39dan melapah
11:40dilakukan secara dekat.
11:42Namun ketika proses
11:43korban sedang berlangsung,
11:44tiba-tiba
11:45aku berada dalam
11:46keadaan kurang selesa
11:48selepas mengalami
11:49kekejangan di bahagian perut
11:50sebelum dibawa
11:51ke sebuah klinik berhampiran
11:53untuk mendapatkan rawatan.
12:07Dan alhamdulillah,
12:09selepas keadaan
12:10kembali sedikit stabil,
12:11aku memilih
12:12untuk terus bersama tim
12:14meneruskan misi
12:15pada hari tersebut.
12:20Kami bergerak pula
12:21ke sekitar Pulau Bumbum
12:23bagi menyampaikan
12:24agihan daging korban
12:25kepada masyarakat
12:26yang tinggal di rumah
12:27atas air
12:28dan juga komuniti
12:29bajau laut
12:30yang menetap
12:30di dalam bot mereka sendiri.
12:32Dan sepanjang perjalanan itu,
12:34kami dapat
12:35melihat sendiri
12:36bagaimana
12:36ada keluarga
12:37yang membesar,
12:38memasak
12:39dan menjalani
12:40kehidupan harian
12:41sepenuhnya
12:41di atas bot kecil mereka.
12:55Itulah antara momen
12:56yang paling memberi kesan
12:58buat aku
12:58sepanjang ekspedisi ini.
13:00Melihat bagaimana
13:01mereka meneruskan kehidupan
13:02dalam keadaan
13:03yang sangat sederhana
13:05membuatkan
13:06aku lebih memahami
13:07erti syukur
13:08dan pengorbanan
13:09yang sebenar.
13:11Sepanjang 4 hari
13:123 malam
13:13berada di bumi sempurna
13:14terlalu banyak
13:15pengalaman dan pelajaran
13:16yang kami bawa pulang bersama.
13:18Dan ekspedisi ini
13:19bukan sahaja
13:20memberi peluang
13:21untuk kami melaksanakan
13:22ibadah korban
13:23tetapi juga
13:24membuka ruang
13:25untuk mengenali
13:26budaya dan kehidupan
13:27masyarakat
13:28di sekitar
13:28Pulau Bumbum,
13:29Pulau Bait,
13:31Kampung Labuan Haji,
13:32Kampung Limau-Limau
13:33serta komuniti
13:33bajau laut.
13:34Di sini kami belajar
13:36tentang erti pengorbanan
13:37yang sebenar.
13:38Belajar tentang
13:39kesabaran,
13:40tentang kehidupan,
13:41bermasyarakat
13:42dan tentang bagaimana
13:43mereka menyantuni
13:44setiap ketamu yang datang
13:46ke kampung mereka
13:46dengan penuh
13:47keikhlasan.
13:49Dan ekspedisi ini juga
13:50sentiasa mengingatkan kami
13:51tentang pentingnya
13:52menjaga kebersihan
13:54alam sekitar.
13:55Tidak kira
13:55di mana kita berada
13:56sama ada
13:57penduduk tempatan
13:58maupun orang luar
14:00yang datang,
14:01tanggungjawab
14:01menjaga kebersihan itu
14:02milik kita bersama.
14:04Terima kasih kepada
14:05komuniti dakwah
14:06Tarbiah,
14:07Abang Saiful Apek,
14:08Abang Yassin
14:09dan juga
14:09Piu Salman
14:10termasuk sayang
14:11kerana memberi peluang
14:12kepada kami
14:13untuk bersama dalam
14:14ekspedisi korban
14:15kali ini.
14:16Semoga sedikit
14:17perkongsian daripada
14:18kami ini
14:18mampu membuka mata
14:20lebih ramai pihak
14:21untuk lebih cakna
14:22dan menghargai
14:23kehidupan masyarakat
14:24di kawasan perairan
14:25dan pulau-pulau
14:27sekitar Sabah.
14:28Kerana dalam dunia ini
14:29masih ramai yang
14:30memerlukan perhatian,
14:32bantuan
14:32dan kasih sayang
14:34daripada kita semua.
14:36Sampai jumpa lagi
14:36Sempurna,
14:37sampai jumpa lagi
14:38Pulau Bumbung,
14:40sampai jumpa lagi
14:41Bumi Sabah.
14:42InsyaAllah,
14:43jika diberi kesempatan,
14:44kami akan kembali lagi
14:45dengan misi yang seterusnya.
15:03Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended