Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Nadi Arena (2/6/2026)
Transcript
00:00Susulan juara Piala EFF Suzuki 2010 Safi Saleh
00:03menyahut cabaran mengisi kerusi panas Presiden FAM
00:06jika diberi peluang menjelang EGM Kamis ini.
00:10Bekas penyerang kebangsaan era 80-an Azlan Johar berpendapat
00:13masih terlalu awal untuk Safi galas tanggungjawab sebesar itu
00:16namun dalam masa sama Azlan juga anggap
00:18tidak salah untuk Safi mencuba nasib bertanding
00:21untuk menerajui FAM.
00:24Safi Saleh ini kita kenal dia sebagai
00:27seorang pemain bola sepak yang memang kita dah nampak lah
00:30kehebatan dia di atas padang
00:32tetapi dari segi pengurusan ini saya rasa masih lagi
00:36di peringkat permulaan bagi dia
00:38jadi saya rasa untuk dia bertanding terus sebagai Presiden
00:43saya rasa masih terlalu awal
00:44saya rasa tetapi tidak mustahil
00:47mungkin dia boleh jadi seorang Presiden yang lebih baik
00:51tetapi jika Safi Saleh memenuhi syarat-syarat
00:55dan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam percalonan nanti
01:00mengapa tidak dia bertanding mencuba nasib dia
01:03dan saya harap all the best lah kepada Safi Saleh.
01:07Azlan juga meletakkan harapan tinggi
01:09supaya semua pihak yang terlibat
01:11dapat adakan perbincangan kritis
01:13dengan telus dan teliti kerana semua mata sedang melihat
01:16pembaruan positif yang bakal dibawa terhadap
01:19FAM yang baru.
01:22Ya mendengar suara-suara daripada yang mewakili dalam mesyuarat itu
01:26nanti adalah sangat penting
01:28dan memastikan setiap pendapat dan juga apa saja
01:31pikiran yang telah diberikan oleh mereka ini
01:34akan didengar dan dibawa ke peringkat yang seterusnya
01:38dan saya mengharapkan mereka yang datang kepada mesyuarat ini kali ini
01:43memastikan bahawa hanya mereka yang benar-benar layak
01:47menduduki kerusi peringkat tertinggi FAM ini.
Comments

Recommended