00:00Bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baharu di Mahkamah Rayuan dalam usaha untuk membatalkan sabitan terhadap
00:10kesemua 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.
00:17Bukti baharu merujuk kepada maklumat yang ditemui selepas sesuatu perbicaraan selesai.
00:22Ia mesti memenuhi beberapa syarat ketat yang ditetapkan dalam kes Latt v Marshall sebelum boleh dirujuk dalam rayuan.
00:30Najib mahu bukti baharu berkaitan ahli perniagaan dalam buruan Lo Tejo yang lebih dikenali sebagai Jolo serta bekas penasihat undang
00:38-undang 1MDB Jasmin Lu dibawa ke mahkamah dalam pendengaran rayuannya.
00:44Jolo tidak dipanggil pihak pendawaan untuk memberi keterangan dalam kes tersebut manakala Jasmin Lu yang dianggap saksi utama pendawaan telah
00:52melalui soal balas oleh pihak pembelaan.
00:55Mahkamah rayuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Najib kerana kedua-dua pihak masih menunggu alasan penghakiman bertulis daripada Hakim
01:05Mahkamah Persekutuan Colin Lawrence Sekura yang mengendalikan perbicaraan itu.
01:09Azurin Zainal, FMT
Comments