00:00Consensus national baharu yang digagaskan Hamzah Zainuddin
00:04bertujuan membina Malaysia yang lebih maju,
00:08makmur dan bahagia untuk semua rakyat.
00:11Menurut Saifuddin Abdullah,
00:13gagasan ini berteraskan tiga tonggak utama
00:16iaitu matlamat bersama,
00:18kemakmuran bersama dan takbir urus berperi kemanusiaan.
00:22Katanya kerajaan perlu berfungsi dengan baik,
00:26bertanggungjawab dan responsif
00:28serta memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat
00:31bukan sahaja hari ini,
00:33tetapi juga masa depan.
00:35Gagasan ini juga menekankan perpaduan rakyat
00:38sebagai kekuatan negara
00:40selain mengamalkan pendekatan sederhana
00:43atau wasatiah dalam pembangunan serta politik
00:46yang bersifat pertengahan.
00:48Dalam masa sama ia turut menyentuh aspek ekonomi dan demokrasi
00:53termasuk sistem ekonomi yang lebih seimbang dan manusiawi
00:57serta pengukuhan institusi demokrasi berparlimen
01:01dan raja berpelembagaan.
01:04Zahra Alamiya Syahir, FMT
Comments