00:00Kekalahan kita pada PRU14 bukan sekadar kekalahan politik, ia adalah satu tamparan yang hebat, satu detik hitam, satu wake up
00:15call yang menggoncang seluruh jiwa perjuangan ahli-ahli UMNO.
00:21Dato' Sri Presiden, dengan kekalahan yang menimpa, kita memilih untuk bermuhasabah, kita memilih untuk tidak menuding jari atau mencari alasan.
00:37Namun sebaliknya, kita memilih untuk melihat ke dalam diri sendiri dan bertanya secara jujur di manakah silap kita.
00:51Saya mewakili badan perhubungan UMNO Negeri Johor dengan penuh rasa rendah diri dan penuh keinsafan.
01:05Ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat bangsa Johor atas segala kelemahan, kekurangan dan kekilafan.
01:21UMNO Johor sedang dan akan terus sedaya upaya untuk memperbaiki diri, memperkukuh pentadbiran dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat
01:35dan juga bangsa Johor.
01:36Dalam PRN Johor pada tahun 2022, rakyat telah kembali memberikan kepercayaan dan peluang kedua kepada UMNO Johor.
01:49Barisan nasional negeri menang 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.
02:00Kami amat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat dan bertekad untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.
02:13Datuk Seri Presiden, berbalik kepada peluang kedua yang diberikan oleh rakyat Johor kepada UMNO dan Barisan Nasional.
02:22InsyaAllah kami tidak akan mensiasiakannya.
Comments