00:00Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan dan undang-undang melalui pihak berkuasa bagi mengawal penggunaan media sosial.
00:07Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, penguatkuasaan undang-undang berkaitan media sosial sahaja tidak mencukupi tanpa disokong peranan
00:16institusi keluarga serta pendidikan, berteraskan nilai dan etika.
00:55Perdana Menteri Menjelaskan, mesej pendidikan tersebut tidak seharusnya dilihat
00:59dalam konteks agama yang sempit semata-mata, sebaliknya perlu diperluaskan merangkumi aspek moral, etika dan nilai sejagat.
01:07Katanya, pendekatan menyeluruh itu penting bagi membentuk masyarakat yang berintegriti serta mampu menilai baik buruk dalam penggunaan media sosial.
01:16Kerajaan merancang menghadkan penggunaan media sosial kepada individu bawah 16 tahun, dijangka dilaksanakan sepenuhnya menjelang pertengahan 2026.
01:25Langkah di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian itu bertujuan melindungi remaja daripada buli saiber, eksploitasi seksual dan kandungan tidak wajar.
Comments