00:00Sekurang-kurangnya 15 maut dan 84 lagi cedera selepas dua kereta api bertembung di stesen Bekasi Timur di Indonesia.
00:10Mayat mangsa yang terkorban telah dihantar ke Hospital Polis Keramat Jati bagi proses pengecaman,
00:16manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan sekitar Bekasi.
00:24Presiden Indonesia iaitu Prabowo Subianto turut melawat salah sebuah hospital bagi menyatakan sokongan moral kepada mangsa dan ahli keluarga
00:33selain memberi jaminan pampasan akan disalurkan.
00:36Beliau juga mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan segera bagi mengenalpasti punca kejadian
00:42serta mengumumkan perutukan sebanyak 4 triliun rupiah atau kira-kira 231.9 juta dolar AS untuk menaik taraf 1,800
00:53persimpangan kereta api di seluruh Pulau Jawa.
00:56Sementara itu, syarikat pengendali kereta api negara iaitu PT Kereta Api Indonesia atau PT KAI
01:03telah menubuhkan Pusat Tindak Balas Kecemasan dan Pusat Matlumat di stesen Bekasi Timur
01:09bagi membantu keluarga mangsa untuk mendapatkan perkembangan terkini.
01:14Kali terakhir kemalangan kereta api tragic di Indonesia berlaku pada Januari 2024 di Jawa Barat
01:20yang mengorbankan 4 kaki tangan dan mencenerakan lebih 20 mangsa.
01:25Selain itu, dalam kejadian pada 2015, 16 orang terbunuh apabila sebuah tren komuter
01:32merempuh sebuah van di lintasan jalan.
Comments