Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Jumlah mangsa kebakaran besar di Kampung Bahagia, Sandakan yang berlindung di pusat pemindahan sementara dilaporkan menurun pada Selasa. Data Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan seramai 983 mangsa daripada 284 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS, selepas kebakaran memusnahkan kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air berkenaan.
Transcript
00:00Seterusnya jumlah mangsa kebakaran besar di Kampung Bahagia di Sandakan yang berlindung di 8 buah pusat mindahan sementara dilaporkan menurun
00:08hari ini.
00:10Menurun data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di laman web rasminya, angka terkini mangsa yang masih berlindung di 8
00:17PPS itu adalah seramai 983 mangsa daripada 284 keluarga.
00:23JKM jelaskan 8 PPS yang masih dibuka itu adalah PPS Dewan PPR Batu Sapi, Dewan Sekolah Kebangsaan Gas, Dewan SK
00:32Kampung Bahagia, Sekolah Meningah Kebangsaan Batu Sapi, Dewan Sibuga, SK Karamunting, Dewan Rumah Warga Tua Seri Harapan dan Gelanggang Futsal
00:42Simsim.
00:43Sera'awani sebelum ini melaporkan bahawa sebanyak ataupun seramai 1,912 mangsa daripada 385 keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran
00:53di Kampung Bahagia itu ditempatkan di 8 PPS.
00:58Hampir kesemua penduduk di penempatan rumah atas air itu terpaksa berpindah selepas kebakaran besar di perkampungan itu memusnahkan kira-kira
01:05seribu rumah melibatkan kawasan seluas lebih 4 hektare.
01:13Terima kasih.
Comments

Recommended