Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Timbalan Presiden MiTDA, Datuk Azlie Halim menegaskan kejayaan industri perlu diukur melalui perbelanjaan dan impak ekonomi jangka panjang, dengan sektor MICE dan pendidikan dilihat memberi pulangan lebih mampan serta mengelakkan risiko lambakan pelancong.
Transcript
00:00Sementara itu jumlah ketibaan pelancong bukan lagi penanda aras utama kejayaan industri, sebaliknya nilai perbelanjaan dan impak ekonomi jangka panjang
00:08perlu diberi keutamaan.
00:11Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Midda, Datuk Azli Halim menegaskan, pelancong dalam sektor mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran atau
00:20maiz membelanjakan sehingga tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pelancong biasa.
00:26Azli berkata keperluan penginapan premium, logistik canggih dan fasiliti berkualiti tinggi secara langsung merancang keseluruhan ekosistem pelancongan negara.
00:36Selain itu, sektor pendidikan turut menyumbang secara konsisten apabila pelajar antarabangsa yang menetap bertahun-tahun di Malaysia menyokong ekonomi tempatan
00:44melalui sewaan, peruncitan dan perkhidmatan.
00:55Segment pelancongan baru yang mana kita panggil Visiting Friends and Relative Tourism, ini sebenarnya satu usaha yang cukup baik untuk
01:04kita menambah, memberi satu nilai tambah kepada sektor pelancongan kita.
01:08Dalam masa sama, menurut beliau, pendekatan ini penting bagi memastikan kelestarian destinasi dan mengelakkan fenomena over tourism atau pelancongan berlebihan
01:18yang boleh merosakkan aset warisan serta infrastruktur negara.
01:22Strategi pelancongan berkualiti ini dilihat mampu meningkatkan marjin keuntungan industri sekaligus memposisikan Malaysia sebagai destinasi berprestij yang menawarkan hospitaliti terbaik
01:33dan pengalaman bermakna kepada pelancong bernilai tinggi.
Comments

Recommended