Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Kemelut politik Negeri Sembilan ketika ini akan diselesaikan secara rundingan politik tanpa mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri mahupun sistem perundangan adat sedia ada.
Transcript
00:00Teruskan liputan dengan kemas kini terbaru berkenaan dengan kemelut atau krisis di Negeri Sembilan ketika ini katanya akan diselesaikan secara
00:08rundingan politik tanpa mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri maupun sistem perundangan adat yang sedia ada.
00:16Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keutamaan masa ini adalah untuk memastikan kestabilan pentadbiran demi kepentingan rakyat
00:24di negeri itu.
00:25Kita ikuti Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan Dewan Undangan Negeri khususnya di Negeri Sembilan dan pada
00:41khidmat saya tidak semudah itu.
00:43Dan yang paling baik ialah mengikuti semua peraturan yang ada dan prosedur bagi menentukan bahawa peraturan itu diikuti terlebih dahulu.
01:03Saya akan menyelesaikan kemelut yang ada itu melalui politik dan kita tidak akan pernah campur di dalam urusan pentadbiran kerajaan
01:22negeri ataupun dalam Undang-Undang Adat Negeri Sembilan.
01:26Beliau bercakap selepas majlis sambutan hari pengatkuasa KPDN ke-54 dan pelancaran dasar pengguna negara 2.0 di Cyberjaya pada
01:36selasa.
01:36Ahmad Zahid dan juga Presiden UMNO menekankan kepentingan mematuhi setiap prosedur dan peraturan yang ditetapkan sebelum sebarang langkah diambil.
01:46Tambah beliau prinsip berkenaan terpakai dalam sebarang bentuk kerjasama politik sama ada membabitkan Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.
01:55Mengenai reaksi lanjut kepimpinan pusat, Ahmad Zahid berkata satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim pada
02:02selasa bagi memperincikan hal tuju penyelesaian.
02:07Pada Isnin, semua 14 ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan
02:16terhadap Menteri Besar Dato' Sri Aminuddin Harun.
02:19Pilihan Raya Negeri ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan Pakatan Harapan dan BN membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai
02:2931 kerusi don.
02:31Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi don iaitu PH 17 kerusi, BN 14 kerusi dan Perikatan Nasional 5 kerusi.
Comments

Recommended